Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
siling plaza tol runtuh
Kredit: Sinar Harian

Sebahagian Siling Plaza Tol Telemung Runtuh Akibat Ribut

Azizah Najib

Sebahagian Siling Plaza Tol Telemung Runtuh Akibat Ribut

Sebahagian siling Plaza Tol Telemung, Hulu Terengganu runtuh akibat ribut yang berlaku malam tadi, lapor Sinar Harian.

Kejadian tersebut disahkan oleh Pengurus Wilayah Lebuh Raya Timur 2 (LPT2), Mohamad Pazli Kasim.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kejadian yang berlaku sekitar jam 8.20 malam itu.

BACA: Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

“Kejadian yang berlaku ketika angin kencang malam tadi (Jumaat) tidak menjejaskan atau merosakkan kenderaan pengguna tol dan kakitangan yang sedang bertugas waktu itu.

“Terdapat dua lorong tol yang ditutup malam tadi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

“Dua lorong keluar di plaza tol ini telah dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula jam 9.20 malam tadi,” katanya.

BACA: 8 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Hujan Lebat Hingga Tengah Hari

Beliau menambah, pemeriksaan lanjut terhadap struktur bangunan sedang diperiksa oleh pihak jurutera. Ia bertujuan mengenal pasti nilai kerugian yang dialami.

Orang ramai boleh menghubungi pihaknya di talian 1-800-88-0220 bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan operasi di plaza tol berkenaan.

Terdahulu, kejadian angin kencang turut dilaporkan berlaku di Puncak Alam, Selangor yang mengakibatkan kerosakan enam buah kenderaan. Deretan kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat meletak kenderaan sebuah pasar raya dihempap papan tanda pasar raya berkenaan yang runtuh sekitar jam 3 petang semalam.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Menurut Bernama, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata seorang wanita warga tempatan terlibat dalam kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Mangsa berusia 45 tahun telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke klinik berhampiran sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya.

Dalam pada itu, kejadian ribut turut melanda sebuah bangunan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di Chukai, Terengganu petang semalam, lapor Bernama.

Setakat ini, tiada pemindahan penduduk ke pusat pemindahan dilaporkan.

BACA: Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

Sumber: Sinar Harian, Bernama (1) (2)