Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
mpv rempuh jentera pengorek
Kredit: Bernama

Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

Azizah Najib

Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

KUANTAN, 26 Okt (Bernama) — Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan merempuh jentera pengorek tanah berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10, Jalan Kuantan-Maran di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pesara bomba Mohd Fadli Mohd Abidin, 42, yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander dan isterinya, Rohafiza Taha, 50, seorang guru disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA: Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira 2 pagi ketika MPV berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kemaman.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta MPV berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, pasangan suami isteri berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya seorang pelajar sekolah, Mohd Osman Wafi Mohd Fadli telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Taufan Tropika Trami Ragut 46 Nyawa, 20 Lagi Hilang Di Filipina

Wan Mohd Zahari berkata anak mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala masih belum sedarkan diri, dan ditempatkan di Zon Merah HTAA.

Menyentuh mengenai keadaan jalan semasa nahas berkenaan, beliau berkata tahap pencahayaan gelap dan tiada lampu jalan pada waktu malam serta cuaca dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu MPV yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku. Bedah siasat mangsa dilakukan pagi ini, sekitar 8 pagi,” katanya.

BACA: Wanita Dari Sabah Pengunjung Ke Setengah Juta Jambatan Angkat, Menang Jongkong Emas

Sumber: Bernama