Siakap Keli
kibar bendera asing
Kredit: Bernama

Kibar Bendera Asing: Polis Perak Rujuk D5 Bukit Aman

Kibar Bendera Asing: Polis Perak Rujuk D5 Bukit Aman

IPOH, 29 Okt (Bernama) — Insiden pengibaran bendera negara asing ketika perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan Khamis lepas dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kertas siasatan oleh Polis Perak mengenainya telah diserahkan kepada bahagian itu hari ini dan sebarang arahan akan dilaksanakan berdasarkan keputusan dibuat bahagian berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada D5 Bukit Aman terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kita hanya tunggu sama ada perlu menambah bukti atau meneruskan dengan pertuduhan di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

BACA: Mayat Lelaki Lemas Di Pantai Berhampiran Pasar Bisik Ditemukan

Azizi berkata setakat ini sebanyak 61 laporan diterima pihaknya membabitkan perarakan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana pihak penganjur melanggar syarat permit dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing ketika perarakan,” katanya.

Sebelum ini, tular video di laman media sosial memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera negara asing sambil bersorak ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung dari 8 malam hingga 11.30 malam itu.

BACA: Insiden Kibar Bendera China, Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

Azizi sebelum ini dilapor berkata video yang tular itu turut memaparkan bendera negara Thailand dan Vietnam dikibarkan.

Sebanyak 17 peserta warga China yang terlibat dalam sambutan itu dilaporkan turut telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

BACA: MPPD Arah Perniagaan Sewaan Khemah Biru Di Pantai PD Dihentikan

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.