Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
lelaki maut di chemor
Kredit: Bernama

Polis Klasifikasi Semula Kes Lelaki Maut Di Chemor Sebagai Bunuh Tanpa Niat

Azizah Najib

Polis Klasifikasi Semula Kes Lelaki Maut Di Chemor Sebagai Bunuh Tanpa Niat

IPOH, 30 Okt (Bernama) — Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian lelaki warga emas dipercayai dibunuh seorang wanita di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang, Chemor dekat sini pada 24 Okt lepas daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pertukaran seksyen itu dibuat selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini.

“Kita siasat daripada pelbagai aspek dan merumuskan bahawa terdapat serangan fizikal yang boleh menjurus kepada punca kematian mangsa yang dilakukan oleh suspek.

BACA: Warga Emas Ditemukan Maut Disyaki Dibunuh

“Namun, punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pertukaran Bangunan Cawangan Penguatkuasaan dan Kawalan Lalu Lintas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek yang berumur dalam lingkungan 24 tahun telah ditahan pada 24 Okt lepas setelah mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di hadapan pintu masuk pasar raya berkenaan kira-kira 6.13 petang.

Abang Zainal berkata ketika ini reman terhadap suspek yang bermula pada 25 Okt lepas disambung hingga 4 Nov bagi membolehkan siasatan dilakukan.

BACA: Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

Selain itu, beliau berkata pihaknya giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan terhadap insiden berkenaan.

Beliau seterusnya menyatakan polis sedang mengenal pasti beberapa lokasi sekitar Ipoh dan Sungai Siput yang disyaki menjadi tempat persembunyian suspek.

“Berdasarkan soal siasat dengan suspek pertama (wanita), lelaki ini merupakan rakan yang baru dikenali sebelum kes pembunuhan itu berlaku. Perincian lanjut suspek (lelaki) termasuk umur dan butiran diri yang lain masih belum diperolehi.

“Kita juga minta orang ramai yang mempunyai bukti dan maklumat berhubung kejadian ini tampil ke IPD Ipoh untuk membantu siasatan,” katanya.

BACA: Polis Siasat Kesahihan Kad Pengenalan, Lesen Memandu Ditemukan Di Ukraine – KPN

Berkenaan majlis hari ini, beliau berkata Cawangan Penguatkuasaan dan Kawalan Lalu Lintas BSPT IPD Ipoh akan berpindah secara rasmi dari bangunan sewaan di Jalan Chamberlain Hulu ke bangunan baharu di Jalan Padang Tembak dan menggunakan talian 05-5252599.

Justeru, beliau berkata semua urusan rasmi dan operasi pejabat berkaitan dengan cawangan itu akan dijalankan di bangunan dan alamat baharu, manakala untuk lain-lain urusan berkaitan pengurusan serta siasatan trafik daerah Ipoh masih di IPD Ipoh.

Sumber: Bernama