Siakap Keli
ribut tropika Yinxing
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Kuat Yinxing

Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Kuat Yinxing

KOTA KINABALU, 5 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kuat dengan nama Yinxing bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum 111 kilometer sejam.

JMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu berada pada kedudukan latitud 15.8 utara dan longitud 128.2 timur, sekitar 581 kilometer ke Timur Laut Naga City, Filipina.

Menurut kenyataan itu jarak bandar terdekat dengan ribut tropika itu ialah 1,586 km ke Timur Laut Kudat, Sabah dan diramalkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.

BACA: Valencia Berdepan Banjir Buruk, Banyak Kereta Bertindih & Tersadai Tengah Jalan

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.