Dua Kilang Papan & Besi Musnah Dalam Kebakaran
Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina, Sungai Buloh musnah akibat kebakaran pada pagi Rabu, lapor Sinar Harian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut sekitar jam 6.36 pagi.
BACA: Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit
“Seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi yang terbakar 60 peratus,” katanya.
Menurutnya, ketika ini kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan berikutan api masih marak. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
BACA: Pelik, Isi Penuh Tapi Meter Minyak Tak Naik? Ini Sebabnya
Sumber: Sinar Harian