Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Polis Selamatkan Remaja Perempuan
Kredit: Bernama

Polis Selamatkan Remaja Perempuan Diculik Sekumpulan Individu

Athirah

Polis Selamatkan Remaja Perempuan Diculik Sekumpulan Individu

SHAH ALAM, 26 Nov (Bernama) — Polis berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai diculik sekumpulan individu di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini pada 18 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian pada 16 Nov, mangsa yang masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat petang telah dihubungi bapanya untuk balik ke kediaman mereka di Taman Kem, Pelabuhan Klang.

Namun katanya, bapa mangsa telah menerima pesanan suara daripada nombor telefon milik anaknya itu yang mengelirukan kedudukan mangsa sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kerana risau terhadap keselamatan anaknya.

“Pesanan suara yang diterima meminta pengadu (bapa) untuk mengambil mangsa di kawasan Subang dalam keadaan sedang bertengkar dengan seorang lelaki (suspek) serta menghantar lokasi kedudukan mangsa.

“Pengadu telah ke lokasi terbabit dan mendapati mangsa tiada di kawasan itu. Seterusnya, pengadu menerima pesanan dalam aplikasi WhatsApp menyatakan suspek akan lepaskan mangsa di kawasan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek turut bertindak mengugut bapa mangsa dengan mengatakan anaknya akan dijual dan meminta bayaran ganti rugi jika ingin anaknya dipulangkan apabila bapa mangsa mengatakan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Cha berkata bertindak atas maklumat, polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat dan turut menahan tiga suspek lelaki dan dua perempuan berumur antara 15 hingga 19 tahun.

“Melalui tangkapan pertama, polis menahan dua lagi lelaki berumur lingkungan 16 dan 18 tahun di pekarangan sebuah pusat-beli belah di Kuala Lumpur kira-kira 1.10 pagi pada 19 Nov,” katanya dan menambah kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Beliau berkata empat suspek berumur 18 tahun ke bawah direman sehari manakala suspek lain direman empat hari hingga 22 Nov lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

BACA: 13 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terbabit Sindiket Pindah Hak Milik Tanah

Sumber: Bernama