Ini 5 Komponen ‘Wajib’ Periksa Kereta Ditenggelami Air Banjir
Seperti yang kita tahu, banjir merupakan satu bentuk bencana alam yang membawa pelbagai kerosakan kepada harta benda.
Apatah lagi, negara kini dilanda banjir di beberapa negeri menyaksikan banyak jalan raya, kediaman musnah akibat ditenggelami air termasuklah kereta.
Sebagai pemilik kenderaan, sudah tentu perkara ini yang paling ditakuti oleh pemilik kerana boleh membawa kepada kerugian atau ‘total loss’. Namun, terdapat beberapa cara untuk mengetahui keadaan terkini kenderaan anda selepas tersadai dalam air banjir.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan lima perkara ‘wajib’ perlu dilakukan pemilik kereta selepas kenderaan mereka ditenggelami banjir.
Periksa 5 Komponen ini jika kenderaan ditenggelami banjir
Menerusi klip yang dikongsikan pengguna TikTok @asnar.automotif.jerteh, dia memaklumkan terdapat lima komponen yang perlu diperiksa pada kenderaan.
Minyak Hitam

Pertama sekali, pastikan minyak hitam kereta berada dalam keadaan baik, tidak bercampur dengan air.
Minyak Gearbox

Komponen lain yang perlu diperhatikan adalah minyak gearbox. Walaupun setiap kenderaan mempunyai jenis gearbox yang berbeza namun ia masih menggunakan minyak.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlu memeriksa pada bahagian ini.
Jika minyak gearbox berada dalam keadaan baik, ia akan berwarna merah. Manakala jika ia bercampur dengan air, ia akan berwarna seakan merah jambu.
Bearing Tayar
Pastikan bearing tayar berada dalam keadaan yang baik.
Langkahnya mudah sahaja, jika bearing tayar bermasalah, ia akan mengeluarkan bunyi sewaktu tayar berputar.
Perkara ini berkemungkinan minyak pada bearing tayar yang telah tiada disebabkan terkena air banjir.
Sistem Brek

Menurutnya, terdapat dua bahagian brek utama yang perlu diperiksa iaitu minyak brek dan caliper brek.
Kenapa dua bahagian ini? Ini kerana kedua-dua bahagian brek itu menggunakan minyak. Jadi, apabila ia ditenggelami air beberapa hari, sistem brek ini terdedah kepada kepada kerosakan.
Nombor Plat Kereta
Selain itu, pastikan nombor plat kereta tidak hilang dibawa arus.
Semoga bermanfaat.
@asnar.automotif.jerteh 🎥 Inilah 5 Point Penting Check Kereta Selepas Banjir! 🌊🚗 🚨 Jangan biar masalah kecil jadi besar! Nak tahu lebih detail, komen “Nak tahu, abe kakak dehh!” di bawah dehhh 👇🔥 #TipsKereta #KeretaBanjir #asnarautomotif#TipsBengkel
Sumber: TikTok @asnar.automatif.jerteh