Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
pelancong rusia dihanyutkan ombak
Kredit: Bangkok Post/Dünyadansonhaberler

Wanita Rusia Maut Selepas Dihanyutkan Ombak Besar Ketika Duduk Tepi Pantai

Azizah Najib

Wanita Rusia Maut Selepas Dihanyutkan Ombak Besar Ketika Duduk Tepi Pantai

Koh Samui, Thailand – Mayat pelancong dari Rusia yang hilang selepas dihanyutkan ombak besar ditemui di Pantai Chaweng, Koh Samui, lapor Bangkok Post.

Pihak polis Bo Phut menerima laporan penemuan mayat seorang wanita terdampar di pantai berdekatan sebuah hotel sekitar jam 11 malam pada Sabtu.

Inspektor Polis Bo Phut, Pol Mej Acharee Wutthiwattana dan Pol Mej Booncher Maneechai berkata, rakan mangsa mengesahkan identiti mayat berkenaan sebagai Kamilla Beliatskaia, 24 tahun, yang sebelum itu dilaporkan hilang.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan berkenaan seorang wanita dan seorang lelaki hilang dihanyut ombak besar ketika berada di kawasan berbatu di bawah Laad Koh View Point, Surat Thani. Namun, hanya mayat Beliatskaia ditemui.

Menurut Khaosod English, kali terakhir mangsa dilihat sedang bergelut menyelamatkan diri ketika berada di dalam air. Usaha menyelamat tidak dapat dikerah ketika itu berikutan ombak yang naik setinggi dua hingga tiga meter.

Menurut sumber, pengendali juga telah menyimpan peluncur jet pada awal hari berikutan keadaan yang berbahaya.

BACA: Ekori Ambulans Di Lebuh Raya Persekutuan, Seorang Lelaki Ditahan

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, pihak polis mendapati mangsa yang menaiki kereta berwarna merah tiba di tempat letak kenderaan pada jam 12.57 tengah hari. Mangsa dilihat turun ke kawasan berbatu setelah mengambil tikar alas berwarna merah jambu dari bonet kereta.

Sejurus selepas itu, pihak Polis Bo Phut menerima laporan mangsa dihanyutkan ombak pada jam 1.30 tengah hari. Apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian, mangsa telah hilang dan hanya tikar alasnya ditemui terapung.

Operasi mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan terpaksa dihentikan sementara selama 30 minit.

BACA: Dua Sahabat Mula Pengembaraan Berjalan Kaki Dari Perak Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Ketua Pusat Menyelamat Samui, Chaiyaporn Subprasert berkata, sistem amaran telah diletakkan di sepanjang pantai pulau berkenaan.

“Ketika musim monsun, kami kerap memberi amaran kepada para pelancong terutamanya di kawasan yang tinggi risiko seperti pantai Chaweng dan Lamai. Bendera merah diletakkan sebagai tanda larangan berenang. Biarpun lokasi kejadian bukan di kawasan larangan berenang tetapi tempat berkenaan hanya untuk melihat pemandangan. Mangsa mungkin tidak bersedia dengan gelombang ombak yang tidak dijangka,” katanya.

Berikutan kejadian berkenaan, pihak Perbandaran Samui telah menutup kawasan berbatu di bawah Laad Koh View Point berkenaan. Pihak berkuasa tempatan turut mewujudkan pusat mencari dan menyelamat marin bagi menggerakkan usaha berterusan mencari mangsa.

Kejadian ini turut menjadi peringatan tegas berkenaan bahaya ketika musim monsun. Pihak berkuasa turut mengingatkan pelancong agar berhati-hati dan mengelakkan berada di kawasan pantai berbatu ketika ombak tinggi.

BACA: Hasrat Bergambar Bertukar Tragedi, Lelaki Hilang Selepas Diheret Ombak Besar

Sumber: Bangkok Post, Khaosod English