Siakap Keli
Polis Kesan Noraqilah
Gambar: Polis

Polis Minta Bantuan Kesan Noraqilah

Polis Minta Bantuan Kesan Noraqilah

IPOH, 5 Dis (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Selama sejak 1 Dis.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata Noraqilah Muhammad Shaharizan, 19, yang beralamat di Kampung Medan, Selama, dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Difahamkan remaja itu berselisih faham dengan ibunya dan tidak pulang ke rumah sejak 1 Dis dan tidak dapat dihubungi sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarudin berkata remaja itu berketinggian 159 sentimeter dan mempunyai berat 60 kilogram, berambut kerinting paras bahu dan berkulit kuning langsat.

Beliau berkata jika mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Selama, SI Mohd Fazli Yusof di talian 013-4281129 atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di talian 05-8395999.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

BACA: Jatuh Kren Di Putrajaya, Dua Maut, Seorang Parah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.