Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
METMalaysia amaran angin kencang
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Kategori Ketiga

Iqbal Yasir

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Kategori Ketiga

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di beberapa perairan Malaysia dalam lingkungan 24 batu nautika dan untuk kawasan perkapalan.

Difahamkan, amaran yang dikeluarkan pada jam 2:00 petang, 19 Disember 2024 ini dijangka berlarutan hingga 24 Disember.

Seksyen A: Perairan Malaysia (Dalam Lingkungan 24 Batu Nautika)

Bagi kawasan perairan Malaysia, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga telah dikeluarkan di kawasan perairan Sarawak sehingga Selasa ini, dengan diramal angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan.

Keadaan ini menyebabkan kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku.

Sehubungan itu, aktiviti bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut adalah berbahaya untuk dilakukan dalam tempoh ini.

Seksyen B: Kawasan Perkapalan

Untuk kawasan perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga telah dikeluarkan melibatkan kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North,Reef South dan Layang-Layang sehingga Selasa ini.

Berikutan itu, angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan tersebut.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Dalam pada itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dikeluarkan di kawasan perairan timur Samui, Tioman, selatan Bunguran, Labuan dan Palawan.

Keadaan ini menyebabkan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan berkenaan.

BACA: Minah Saleh Kongsi 5 Benda “Wajib” Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Rusia

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” METMalaysia.

Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan di kawasan perairan barat Samui dan Sulu sehingga Selasa, dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Lelaki Cuba Rakam Video Wanita Di Banting Ditahan