Siakap Keli
subsidi elektrik
Sumber : BERNAMA

Pengekalan Tarif Elektrik Di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025

Pengekalan Tarif Elektrik Di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025

PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2024 – Kerajaan pada 13 Disember 2024 telah bersetuju supaya kadar rebat dan surcaj terhadap tarif elektrik berdasarkan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung DIKEKALKAN bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2025.  

Oleh yang demikian, keputusan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung bagi tempoh tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan adalah komited untuk menjamin kesejahteraan rakyat dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar. 

Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik bagi tempoh Januari  hingga Jun 2025 yang akan dibiayai oleh Kerajaan pada kali ini adalah sebanyak RM2,388 juta. Kementerian percaya bahawa pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar adalah merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini supaya mengurangkan komitmen subsidi Kerajaan agar peruntukan tersebut dapat disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat serta membolehkan Kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara.  

Seterusnya, Kerajaan pada 13 Disember 2024 turut bersetuju dengan penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR) untuk tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

Sehubungan perkara ini, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif  baharu yang mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga (security,  sustainability and affordability) dan jadual tarif baharu ini dicadang untuk dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2025 dengan melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM3,570 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan

Selain itu, Kerajaan terus kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar  dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang  https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti yang berhampiran. Pengguna juga boleh melihat jumlah subsidi  elektrik yang diberikan oleh Kerajaan di dalam bil elektrik bulanan masing masing. 

Kerajaan berharap agar pengekalan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025 ini akan menjamin pemain-pemain industri supaya memastikan kestabilan harga barangan di pasaran dan menyokong usaha Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.