Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Amaran Hujan Berterusan METMalaysia
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Hingga Rabu – METMalaysia

Iqbal Yasir

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Hingga Rabu – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan dalam tempoh 4 Februari, Selasa hingga 5 Februari, Rabu ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa kawasan di sekitar negeri Sarawak.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak dilapor terus berkurangan setakat 8 malam tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa menurun kepada 155 orang daripada 41 keluarga, berbanding 675 orang daripada 181 keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan daerah Lahad Datu telah pulih sepenuhnya pada pukul 5 petang tadi, bagaimanapun, daerah Kinabatangan mula dilanda banjir.

“Tongod kekal mencatatkan 155 mangsa (41 keluarga) di dua PPS, manakala satu PPS telah dibuka di Kinabatangan,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,104 orang yang berlindung di 44 PPS, berbanding 10,973 orang pada petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata sebanyak lima lagi PPS telah ditutup, menjadikan keseluruhan 19 PPS yang ditutup hari ini berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

“Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) dan di Bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) kekal masing-masing pada 5,075 orang dan 1,847 orang.

“Di Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan, dan Gedong), jumlah mangsa menurun lebih separuh daripada angka petang tadi apabila hanya tinggal 651 orang berada di lima PPS berbanding 1,487 orang sebelum ini.

“Bagi Bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) pula, jumlah mangsa menurun kepada 1,162 orang berbanding 1,187 orang petang tadi.

Di Bahagian Mukah (daerah Mukah dan Matu), jumlah mangsa tinggal 81 orang dan di Bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru) kekal 1,288 orang,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Sekolah Bangsa Johor Bermula 17 Februari Ini

BACA: Kanada Kenakan Tarif 25 Peratus Import Ke Atas AS Sebagai Tindak Balas