Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sekolah Bangsa Johor Bermula 17 Februari Ini
JOHOR BAHRU — Sekolah Bangsa Johor bakal dilaksanakan di empat sekolah rintis yang akan bermula pada 17 Februari ini, petik RTM.
Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, seramai 212 guru telah dihantar bagi menjalani latihan secara berperingkat di National Institute of Education (NIE), Singapura. Ia.sebagai langkah persediaan pelaksanaan sekolah berkenaan.
Difahamkan, empat sekolah yang terlibat dalam projek perintis ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Puteri 2, Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Puteri 4, SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara.
Katanya, guru yang dihantar menjalani latihan bukan sahaja menfokuskan kepada mata pelajaran, namun merangkumi semua guru di sekolah terbabit, bagi semua warga pendidik terlibat memahami sepenuhnya hala tuju pendidikan negeri Johor.
“Latihan untuk guru-guru telah disusun sejak tahun lepas, bermula pada bulan November dan Disember. Pada 10 Februari ini, kumpulan seterusnya akan dihantar ke Singapura untuk mengikuti latihan tambahan.
“Seramai 212 guru terlibat, dan latihan ini tidak hanya tertumpu kepada guru sains atau matematik sahaja, tetapi kepada semua guru agar mereka selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa pendidikan negeri ini,” maklumnya.
Dalam masa yang sama, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru merupakan aspek yang diberikan perhatian.
“Kerajaan Negeri Johor telah menetapkan standard tertentu, dan atas sebab itu, guru-guru kita dihantar ke NIE Singapura untuk menjalani latihan sehingga mencapai tahap Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) C1, iaitu tahap tertinggi bagi guru bahasa Inggeris di negeri ini,” kata Aznan lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 di sebuah pasar raya di Johor Bahru.
Tegas Aznan, pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor hanya bertujuan menambah baik silibus sedia ada dengan elemen baharu yang telah dirancang dan tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara seperti yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sumber: RTM