Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
lesen bazar ramadan
Kredit: Bernama

DBKL Lapor Polis Pihak Manipulasi Lesen Bazar Ramadan

Athirah

DBKL Lapor Polis Pihak Manipulasi Lesen Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat laporan polis terhadap pihak yang dikesan mengambil kesempatan memanipulasikan lesen-lesen Bazar Ramadan bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

“Saya ada nombor telefon individu itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih keras,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli yang ingin tahu bagaimana kementerian memberi jaminan bahawa lesen penjaja Bazar Ramadan di sekitar Wilayah Persekutuan tidak lagi dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti sebelum ini.

Dr Zaliha menjelaskan DBKL yang mengambil alih penganjuran sepenuhnya 40 lokasi Bazar Ramadan dan dua lokasi Bazar Aidilfitri, yakin tidak berlaku manipulasi atau penjualan tapak berikutan pengurusan dan penawaran dilakukan secara terus menerusi dalam talian kepada pemohon dan peniaga.

“Bagi petak-petak yang masih terdapat kekosongan, permohonan telah dibuka semula dengan kaedah first come first serve untuk memberi peluang kepada para peniaga mendapatkan petak bazar,” katanya.

Dr Zaliha berkata Perbadanan Putrajaya yang menguruskan empat tapak dan Perbadanan Labuan yang membuka dua lokasi tapak Bazar Ramadan turut memberi jaminan tiada lesen penjaja kepada peniaga yang akan dimanipulasi dan penguatkuasaan oleh pegawai-pegawai perbadanan dilaksanakan secara berkala sepanjang Ramadan tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hatta mengenai perkembangan setakat dua hari pelaksanaan Bazar Ramadan berikutan sewa tapak yang dikurangkan kepada RM500, Dr Zaliha berkata terdapat peniaga memaklumkan hasil perniagaan hari pertama mampu memulangkan modal dikeluarkan mereka.

“Walaupun kita masih dengar aduan dan komen di media sosial mengatakan harga (jualan) masih sama dengan tahun sebelum ini tetapi sepatutnya harga sewaan rendah ini dapat mengurangkan fenomena Alibaba dan ia juga membolehkan peniaga menjual pada harga kompetitif, namun faktor lain seperti kos bahan mentah serta margin keuntungan masih jadi penentu utama harga jualan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad sama ada Bazar Ramadan mempunyai potensi produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bagaimana kerajaan memastikan ia tetap menawarkan juadah dan kuih tradisional, Dr Zaliha berkata beliau berpandangan ia boleh dianjurkan dengan konsep tertentu bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

“Mungkin tahun hadapan kita boleh mengadakan konsep menjual makanan tradisi dengan pakaian tradisi dan sebagainya yang kita boleh fikirkan sebagai tarikan pelancong pada masa akan datang.

“Dalam keadaan Bazar Ramadan kita tambah baik dengan ada pintu gerbang dan khemah seragam dengan pakaian peniaga seragam yang kita beri apron dan topi sama, malah kita lihat keadaan bersih juga boleh jadi tarikan pelancong,” katanya.

BACA: Dah Macam “Generator”, Wanita Guna EV Ketika Tiada Bekalan Elektrik

Sumber: Bernama