Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
biskut raya penjara kajang
Kredit: Si Siti/Penjara Kajang
Tiada Kategori

Kehabisan Stok, Penjara Kajang Henti Sementara Jualan Biskut Raya

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kehabisan Stok, Penjara Kajang Henti Sementara Jualan Biskut Raya

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah semestinya ramai yang menggunakan setiap peluang yang ada untuk membeli kuih dan biskut raya. Walaupun masih ada berbaki lebih seminggu sebelum tibanya 1 Syawal, stok biskut raya telah mula memenuhi rak di dapur.

Pada kebiasaannya, biskut raya dibeli sama ada melalui tempahan dalam kalangan kenalan atau di premis perniagaan. Walau bagaimanapun, tahun ini kita digegarkan dengan penjualan biskut raya hasil tangan banduan di penjara.

Mungkin sebelum ini sudah ada yang pernah membeli produk dari Penjara Kajang, namun berikutan video dimuat naik pempengaruh dan juga peguam, Tun Laila mempromosi biskut raya hasil air tangan banduan di sana, produk tersebut mendapat sambutan tinggi daripada orang awam.

Penangan pempengaruh media sosial, produk jualan yang dahulunya hanya diketahui masyarakat sekitar serta mereka yang pernah berurusan di sana, kini mendapat perhatian seluruh negara. Hanya selepas 12 hari video tersebut dimuat naik, pihak pengurusan Penjara Kajang terpaksa menghentikan sementara penjualan biskut raya berikutan kehabisan stok.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Siti.

“Kepada pelanggan yang dihormati, Operasi Jualan Biskut Raya dihentikan untuk sementara waktu bagi memberi laluan penambahan stok,” maklum pihak pengurusan.

Kredit: Si Siti

Menurut Siti ketika ditemu bual SK, khabar itu diketahui sebaik sahaja wanita berkenaan tiba bersama sepupunya di perkarangan pintu masuk penjara.

“Ceritanya macam ni, saya dari Johor ada kerja di Kuala Lumpur. Alang-alang saya teringin Karipap Kambing bila tengok semua muat naik ulasan (karipap). Sekali bila sampai dekat bahagian pintu masuk, dia (pegawai) kata untuk pick up sahaja. Semua kuih dah habis. Sedih kita,” kongsi wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu melihat jualan yang memberangsangkan ini. Malah ada yang berseloroh ingin memohon kerja sambilan di sana.

“Ada kerja kosong ke?” tanya warga maya.

“Jom kita ramai-ramai masuk penjara,” seloroh seorang warga maya.

“Perlukan sukarelawan tak? Alang-alang adik aku ni tak ada buat apa lepas habis SPM ni. Barai dah beg duit aku. Hari-hari minta bayarkan barang,” kata seorang lagi.

Bagi mendapat maklumat lanjut, orang awam boleh layari laman Facebook rasmi, Galeri Produk My Pride atau hubungi pihak pengurusan di talian WhatsApp 011-6562 6898. Setakat ini, pihak penjara hanya menerima tempahan secara dalam talian sahaja. Orang awam juga perlu hadir untuk pengambilan biskut raya yang telah ditempah.

Orang awam juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan penambahan stok menerusi TikTok @galeriviippm atau Instagram, Galeri Produk My Pride.

BACA: Penjara Kajang ‘Diserbu’ Ramai

Sumber: TikTok @withsiti888, Instagram Penjara Kajang