Siakap Keli
cara semak keputusan spm
Kredit: Bernama

Cara Semak Keputusan SPM 2024

Cara Semak Keputusan SPM 2024

Gugup, gementar dan berdebar. Saat yang ditunggu telah tiba. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2024.

Untuk pengetahuan, keputusan tersebut akan mula dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025 jam 10 pagi.

Perjuangan selama lima tahun di Sekolah Menengah, pagi petang bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran di saat akhir kini bakal menunjukkan hasil. Keputusan peperiksaan besar yang dinanti-nanti bukan sahaja untuk dikenang tetapi turut menjadi titik permulaan laluan kerjaya pada masa hadapan.

Buat calon-calon, terdapat tiga cara yang boleh anda pilih untuk lakukan semakan keputusan SPM 2024.

Semakan menerusi sijil rasmi keputusan SPM

Bagi anda yang ingin mendapatkan pengalaman dan suasana membaca sendiri keputusan SPM menerusi sijil rasmi, anda boleh hadir ke sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri pada hari tersebut.

Jangan tersilap, walaupun calon persendirian menduduki peperiksaan SPM di sekolah, namun untuk mendapatkan sijil keputusan rasmi, anda perlu hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri. Hanya calon sekolah sahaja yang boleh hadir dan lakukan semakan keputusan di sekolah masing-masing.

Kebiasaannya, pihak sekolah juga akan mula mengedarkan keputusan SPM pada jam 10 pagi.

Semakan dalam talian

Bagaimana pula jika anda berada di kampung atau tidak dapat hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan? Bertenang, tak perlu kelam kabut beli tiket bas. Dengan capaian internet, anda boleh lakukan semakan keputusan menerusi laman sesawang rasmi http://myresultspm.moe.gov.my/.

Laman sesawang ini hanya boleh diakses bermula 10 pagi, 24 April 2025 hingga 6 petang, 30 April 2025.

Semakan SMS

Jika anda berada di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh juga membuat semakan keputusan SPM menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Anda mungkin dikenakan bayaran, mengikut terma perkhidmatan telco yang anda gunakan.

Bagi membuat semakan, taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Contoh SMS boleh dirujuk menerusi gambar di bawah.

Kredit: KPM

Semoga semua baik-baik sahaja nanti, tahniah untuk semua calon.

Sumber: Kementerian Pendidikan

BACA: Guru Kongsi Program Pengajian Buat Peminat Kereta Api

BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.