Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
objek cermin sisi
Kredit: Image FX

Hairan, Kenapa Objek Di Cermin Sisi Nampak Lebih Dekat? Ini Jawapannya

Azizah Najib

Hairan, Kenapa Objek Di Cermin Sisi Nampak Lebih Dekat? Ini Jawapannya

Ketika memandu, atau juga sebagai penumpang di sebelah, sudah tentu ada antara kita yang perasan, objek yang muncul di cermin sisi kereta kelihatan lebih dekat berbanding keadaan sebenar. Pasti anda tertanya-tanya, mengapa cermin ini diciptakan sebegitu rupa?

Untuk pengetahuan anda, penciptaan cermin sisi yang bersifat seperti ini penting bagi membantu pemanduan yang lebih cekap. Keadaan ini bukan sahaja bersifat teknikal tetapi turut melibatkan ilmu sains berkaitan pantulan cahaya dan cara otak kita mentafsir objek yang dipantulkan.

Pantulan cahaya memainkan peranan penting dalam perkara ini. Malah, warna, bentuk, tekstur dan sifat lain sesuatu objek juga akan menentukan cara cahaya dipantulkan. Kesemua ciri ini mempengaruhi sama ada pantulan cahaya menjadi berselerak atau terarah, kuat atau lemah.

Begitu juga dengan bentuk cermin sisi. Sebagai contoh, cermin sisi di bahagian penumpang berbentuk sedikit melengkung, manakala cermin sisi di bahagian pemandu pula berbentuk rata.

Cermin cembung yang bersifat melengkung memberi pandangan yang lebih luas kepada pemandu namun ia boleh menyebabkan pantulan objek kelihatan lebih jauh disebabkan berlaku sedikit pesongan.

Dengan menggunakan cermin cembung, titik buta pemandu dapat dikurangkan dengan medan pandangan yang lebih luas.

Manakala bagi cermin berbentuk rata pula, ia memberi pandangan yang lebih tepat tentang objek yang berada di belakang kereta. Cermin rata memantulkan pandangan yang lebih sempit disebabkan cahaya melantun ke arah yang sama apabila mengenai cermin dan tiada pesongan pada pantulan objek.

Persepsi asal kita terhadap objek juga boleh berubah bergantung kepada bagaimana cahaya itu dipantulkan. Seperti dalam cermin biasa, imej boleh kelihatan terbalik atau tidak tepat kerana pantulan tidak berlaku secara terus.

Dalam konteks cermin sisi, otak kita ‘ditipu’ oleh saiz kecil imej yang terhasil, sedangkan objek sebenar lebih hampir daripada yang dilihat.

Berikutan itu, kedua-dua jenis cermin cembung dan rata digunakan sebaiknya ketika memandu supaya pemandu dapat mengagak dengan tepat keadaan persekitarannya.

Sumber: Mental Floss

BACA: Bukan Sekadar Media, Ini Laluan Kerjaya Untuk Graduan Komunikasi Massa

BACA: Angin Pantai Dijual Dalam Beg Kuning, Pelik Tapi 13 Orang Dah Beli