Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Mahkamah Tolak Permohonan Anwar imuniti
Gambar: Bernama

Imuniti PM: Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Rujuk Persoalan Undang-Undang Ke Mahkamah Persekutuan

Iqbal Yasir

Imuniti PM: Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Rujuk Persoalan Undang-Undang Ke Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku tujuh tahun lalu.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang mewajarkan ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

“Dari sudut kehakiman, persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi ambang kontroversi perlembagaan yang tulen,” katanya.

Perdana Menteri memfailkan permohonan itu pada 23 Mei bagi memohon Mahkamah Tinggi yang mendengar saman tersebut merujuk lapan persoalan undang-undang berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Lapan persoalan undang-undang itu termasuk sama ada, di bawah Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri yang sedang berkhidmat menikmati kekebalan terhad daripada tindakan undang-undang berkaitan dakwaan salah laku peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya.

Hakim Roz Mawar dalam alasan ringkas penghakimannya berkata lapan persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pembelaan adalah bersifat spekulatif, tidak relevan untuk penyelesaian kes ini dan tidak melibatkan tafsiran atau kesahihan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai dakwaan imuniti, beliau menegaskan bahawa Perkara 39, 40 dan 43 yang dirujuk oleh pihak defendan adalah peruntukan struktur berkaitan kuasa eksekutif dan bukan peruntukan yang memberi imuniti peribadi kepada seseorang Perdana Menteri.

“Tiada perlindungan secara jelas atau tersirat terhadap liabiliti sivil dalam Perlembagaan. Ketiadaan peruntukan imuniti perlu ditafsirkan sebagai prinsip kesaksamaan dalam pertanggungjawaban undang-undang.

“Perkara-perkara yang dirujuk oleh pasukan guaman defendan tidak beroperasi dalam konteks permohonan rujukan Perlembagaan ini,” katanya.

Hakim Roz Mawar turut menolak hujah pihak defendan bahawa tindakan membenarkan saman sivil berdasarkan dakwaan salah laku sebelum pelantikan boleh menjejaskan keupayaan Perdana Menteri menjalankan fungsi eksekutif.

Beliau menjelaskan Perkara 43 tidak memperuntukkan sebarang imuniti kerana ia hanya menyentuh aspek pelantikan dan tempoh jawatan, tanpa menyatakan perlindungan daripada prosiding kehakiman.

“Pertama, tiada imuniti yang tersirat dalam Perkara 43. Perkara ini hanya berkaitan pelantikan dan tempoh jawatan dan tidak mengandungi sebarang peruntukan atau implikasi imuniti daripada prosiding kehakiman,” katanya.

Hakim turut menyatakan bahawa defendan (Anwar) sudah menyatakan kesediaan untuk meneruskan perbicaraan, dan tiada bukti menunjukkan saman itu menjejaskan keupayaannya melaksanakan tugas perlembagaan.

“Mahkamah ini tidak mendapati sebarang keadaan luar biasa yang memerlukan penangguhan prosiding,” katanya.

Mahkamah menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan saman sivil yang difailkan oleh Muhammed Yusoff (plaintif) .

Hakim turut memerintahkan perbicaraan bermula seperti dijadualkan sebelum ini, iaitu dari 16 hingga 19 Jun serta 23 hingga 25 Jun 2025 serta mengarahkan defendan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada plaintif.

Anwar diwakili pasukan peguam terdiri daripada Datuk Seri K. Raja Segaran, Datuk Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie dan Alan Wong Teck Wei, manakala Muhammed Yusoff diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, Nurmustanir Md Nor dan Muhammad Amirul Ar-Rasyid Azman.

Menurut afidavit sokongan permohonan itu, Megat Abdul Munir berkata sekiranya saman berkenaan diteruskan, ia akan menjejaskan keupayaan Anwar melaksanakan tanggungjawab eksekutifnya serta menggugat doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya mahkamah bercadang merujuk persoalan Perlembagaan itu ke Mahkamah Persekutuan sebagai kes khas, maka prosiding saman berkenaan wajar digantung sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Raja Segaran dalam sidang media selepas prosiding berkata pihaknya menghormati keputusan mahkamah namun tidak bersetuju dan akan memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan.

“Kami juga akan memohon penangguhan perbicaraan bagi memastikan proses rayuan dapat dijalankan dengan adil serta mengelakkan defendan terpaksa melalui prosiding yang mungkin akhirnya didapati tidak sah dari segi Perlembagaan,” katanya.

Muhammed Yusoff memfailkan saman itu pada 14 Julai 2021, sementara dalam pembelaannya, Anwar mendakwa plaintif memberi keterangan palsu kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan serangan seksual yang dikaitkan dengannya.

Presiden PKR itu turut memfailkan tuntutan balas pada 28 Sept 2021 dengan mendakwa Muhammed Yusoff mereka-reka cerita berkenaan untuk mencemarkan reputasinya dan menghalang beliau daripada menjadi perdana menteri.

Sumber: BERNAMA