Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
inflasi malaysia oktober
Kredit: Bernama

Inflasi Malaysia Catat 1.9 Peratus Pada Oktober – DOSM

Azizah Najib

Inflasi Malaysia Catat 1.9 Peratus Pada Oktober – DOSM

KUALA LUMPUR, 22 November (Bernama) — Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHPI) bagi Oktober 2024 naik kepada 133.4 daripada 130.9 dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengaitkan kenaikan inflasi ini kepada peningkatan yang lebih tinggi dalam kumpulan utama makanan dan minuman (2.3 peratus) serta penjagaan diri, perlindungan sosial termasuk pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.4 peratus).

BACA: Orang Asli Bina Rumah Bangsal Atas Bukit Siap Sedia Hadapi Banjir

Manakala, restoran dan perkhidmatan penginapan (2.8 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus); kesihatan (1.4 peratus); pengangkutan (0.7 peratus) serta hiasan, perkakasan rumah dan penyelenggaraan isi rumah (0.5 peratus) meningkat pada kadar yang lebih perlahan.

“Sebaliknya, inflasi dalam maklumat dan komunikasi menurun kepada -1.7 peratus menjelang Oktober 2024 (September 2024: 0.4 peratus), didorong oleh penurunan dalam subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada -1.8 peratus (September 2024: 0.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan mengenai IHP Oktober 2024.

Pakaian dan kasut kekal dalam wilayah negatif dan mencatatkan -0.2 peratus, manakala, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.1 peratus); pendidikan (1.5 peratus); minuman beralkohol dan tembakau (0.8 peratus), manakala, perkhidmatan insurans dan kewangan (0.5 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.

Mohd Uzir menjelaskan lagi, inflasi dalam sektor pengangkutan berkurangan kepada 0.7 peratus pada Oktober 2024, merosot daripada 1.1 peratus pada September 2024 disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih perlahan dalam kos pengendalian peralatan pengangkutan peribadi.

BACA: 189,580 Peminjam Tak Bayar PTPTN Merupakan Penerima STR

Antara barangan yang mencatatkan kenaikan lebih rendah ialah diesel pada 15.0 peratus (September 2024: 16.7 peratus). Pada Oktober 2024, harga purata diesel di Semenanjung Malaysia ialah RM2.95 seliter berbanding RM2.15 seliter yang disaksikan pada Oktober 2023 (September 2024: RM3.04).

Selain itu, harga purata petrol tanpa plumbum RON97 pada Oktober 2024 menyusut kepada RM3.19 seliter daripada RM3.47 seliter pada Oktober 2023 (September 2024: RM3.28), tambahnya lagi.

Mohd Uzir menyatakan bahawa inflasi bagi empat negeri berada di atas paras inflasi kebangsaan iaitu Pulau Pinang (3.1 peratus), Pahang (2.7 peratus), Selangor (2.3 peratus) dan Sarawak (2.1 peratus).

Mengenai perbandingan bulanan, Mohd Uzir berkata inflasi bagi Oktober melonjak kepada 0.2 peratus berbanding September 2024, didorong oleh penambahan dalam kumpulan utama makanan dan minuman (0.8 peratus), diikuti oleh penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan dan pendidikan yang masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus pada Oktober 2024.

BACA: Tesla Guna Komponen Pembekal Tempatan, Pindah Teknologi Kepada Syarikat Malaysia – MITI

“Kenaikan ini sebahagiannya diimbangi oleh penurunan dalam kumpulan maklumat dan komunikasi (-2.1 peratus); pengangkutan (-0.2 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (-0.1 peratus) serta rekreasi, sukan dan kebudayaan (-0.1 peratus).

“Sementara itu, inflasi teras yang tidak termasuk item yang tidak menentu, kekal stabil pada 1.8 peratus pada Oktober 2024 berbanding September 2024,” katanya.

Berbanding dengan inflasi di negara terpilih lain, inflasi di Malaysia (1.9 peratus) adalah lebih rendah daripada inflasi di Vietnam (2.9 peratus) dan Filipina (2.3 peratus), namun kadarnya lebih tinggi berbanding di Indonesia (1.7 peratus), Korea Selatan (1.3 peratus), Thailand (0.8 peratus) dan China (0.3 peratus).

Sumber: Bernama