Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
KKD Akan Panggil Penyedia Media Sosial Bincang Isu Iklan Jelik
Kredit: Bernama

KKD Akan Panggil Penyedia Media Sosial Bincang Isu Iklan Jelik

Nur Syahirah Zainoor Hisham

KKD Akan Panggil Penyedia Media Sosial Bincang Isu Iklan Jelik

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu bertujuan memberi penegasan mengenai iklan jelik seperti berbaur seksual yang tidak sepatutnya dimainkan di negara ini.

“Kebiasaannya iklan disajikan kepada kita adalah berdasarkan apa yang algoritma itu anggap kita suka tonton dan tengok. Contohnya, kalau kita suka tengok kereta, maka keretalah yang disajikan. Jadi saya ambil maklum isu ini.

“Memang pelbagai platform media sosial ada algoritma sendiri, sebab itu isu algoritma ini adalah isu yang agak bermasalah dan ia boleh mengakibakan satu bentuk sindrom terowong atau ruang gema,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam menyekat kandungan iklan melampau di media terutamanya media sosial.

Sementara itu, Fahmi berkata dalam tempoh 1 Okt sehingga 15 Nov lepas, sebanyak 147 kandungan berunsur kebencian atau hate speech berkaitan konflik Palestin-Israel diturunkan dengan kerjasama penyedia platform media sosial.

Beliau berkata langkah itu akan diteruskan bagi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Ia bagi memastikan kandungan berunsur kebencian yang membabitkan isu konflik Palestin-Israel ini dapat diatasi dengan lebih baik,” katanya menjawab soalan asal Senator Noorita Sual yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengekang kandungan radikal dan ekstremisme khususnya konflik Palestin-Israel di media sosial.

Fahmi berkata usaha penerapan nilai keamanan di seluruh negara juga giat dilaksanakan menerusi media massa berpandukan Kod Kandungan yang memberikan panduan jelas berhubung standard kandungan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau berkata Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai ejen penyampai maklumat rasmi juga sentiasa menyalurkan berita yang seimbang dan berobjektif.

Usaha itu katanya akan membantu menghindari penyebaran pandangan ekstrem serta menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat, selari dengan hala tuju dan dasar semasa kerajaan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

BACA: Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan

Sumber: Bernama