Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
cabut misai harimau belang
Kredit Perhilitan

Perhilitan Lapor Polis Terhadap Individu Cabut Misai Harimau Belang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Perhilitan Lapor Polis Terhadap Individu Cabut Misai Harimau Belang

IPOH, 10 Nov (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu mencabut misai harimau belang yang ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung semalam.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata laporan oleh pihaknya dilakukan di Balai Polis Kampung Simee di sini petang semalam.

“Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 68 (c) (Akta A1646) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

“Mereka yang memiliki atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk terbitannya seperti kuku, tulang, kulit, misai, tanpa kebenaran jika sabit kesalahan hendaklah didenda tidak kurang RM150,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata karkas harimau jantan berusia anggaran 8 tahun ke 10 tahun itu telah selesai dibedah siasat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) semalam dan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

“Semasa saya membuat pemeriksaan, hanya misai yang hilang manakala kuku, gigi, taring dan lain-lain masih ada pada harimau itu,” katanya.

Yusoff mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mencuri sebarang anggota milik harimau belang sekiranya menemui bangkai haiwan itu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.

Semalam, harimau belang jantan itu yang dipercayai dilanggar lori treler ditemukan mati di tepi pembahagi jalan berdekatan lebuh raya terbabit.

Harimau belang itu juga dipercayai adalah binatang yang dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini.

Turut tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali.

Sumber: BERNAMA