Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Suspek Utama Penipuan Forex
Gambar: BERNAMA

Polis Kenal Pasti Suspek Utama Penipuan Forex Libatkan Kerugian RM24 Juta

Hannah

Polis Kenal Pasti Suspek Utama Penipuan Forex Libatkan Kerugian RM24 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Polis telah mengenal pasti suspek utama kegiatan penipuan pelaburan mata wang Forex oleh sebuah syarikat yang setakat ini membabitkan nilai kerugian lebih RM24 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan termasuk bagi mengesan suspek utama kes berkenaan.

Beliau berkata lima individu lingkungan 30-an disyaki menjadi keldai akaun skim pelaburan itu telah ditahan tahun lepas dan awal tahun ini, sekali gus menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas kes itu.

“Sebanyak 80 laporan diterima membabitkan kerugian RM24.81 juta berkaitan penipuan pelaburan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan setakat ini mendedahkan skim pelaburan itu dimulakan sekitar 2019 dan menjanjikan keuntungan tujuh peratus sebulan dengan pelabur berminat dikehendaki memuat turun aplikasi pelaburan ditetapkan.

BACA: Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

“Masalah mula timbul apabila syarikat itu menukar pelaburan mereka kepada pelaburan kripto tanpa persetujuan pelabur dan pelabur juga hanya dapat melihat paparan keuntungan daripada aplikasi tanpa boleh mengeluarkan wang berkenaan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan jual beli kereta Lamborghini Aventador, lima tahun lepas.

Beliau berkata suspek dikatakan menawarkan kepada lelaki berusia 34 tahun itu untuk membeli kereta berkenaan pada harga RM2.4 juta pada Jun 2020 dan seterusnya beberapa kali berjumpa suspek untuk memandu uji kereta berkenaan di Puchong, Selangor.

“Pengadu turut ditunjukkan borang import kastam bagi membuktikan kereta ingin dibelinya telah diimport masuk ke Malaysia dan bermula 15 Jun 2020, pengadu telah membuat 18 kali bayaran ke akaun sebuah syarikat diarahkan suspek dengan jumlah keseluruhan RM2.4 juta.

“Pada Jan 2022, ahli perniagaan itu telah menerima beberapa gambar dokumen notis sitaan kereta berkenaan dan suspek berjanji menyelesaikan masalah tersebut, menguruskan pendaftaran serta pindah milik kereta itu, namun sehingga kini pengadu tidak menerima kereta dijanjikan dan suspek menghilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata alamat terakhir suspek ialah di Pangsapuri Sri Indah, Jalan Sg Besi Indah 2, Taman Sungai Besi, Seri Kembangan, Selangor dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menghubungi Insp Ruzanna Khairion di talian 010-4425916.

BACA: Enam Termasuk Tiga Penyampai Radio Beri Keterangan Di Bukit Aman

BACA: Polis Temui Anggota Badan Milik 9 Pelajar Hilang

Sumber: BERNAMA