Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
16 September
Kredit: ImageFX

Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September

Athirah

Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September

Hari Kemerdekaan merupakan detik penting yang diraikan oleh setiap negara di dunia sebagai simbol kebebasan dan kedaulatan daripada penjajahan atau penguasaan asing.

Bagi sesetengah negara, Hari Kemerdekaan menandakan tamatnya era penjajahan yang panjang dan penuh penderitaan.

Manakala bagi negara lain, ia menjadi peringatan tentang kesatuan rakyat dalam membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perayaan yang biasanya diserikan dengan upacara rasmi, perarakan dan pelbagai aktiviti kebudayaan.

Ia sekaligus menggambarkan semangat kebersamaan dan kesedaran bahawa kemerdekaan adalah nikmat yang harus dijaga serta dihargai.

Justeru, kali ini SK ingin berkongsi dengan anda lima negara yang menyambut kemerdekaan pada 16 September.

Malaysia

Menurut portal Perpustakaan Negeri Sabah, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada 9 Julai 1963, termeterailah Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia antara wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Namun begitu, negara Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September disebabkan beberapa isu yang dihadapi pada ketika itu.

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi saksi upacara pengisytiharan Malaysia pada 17 September 1963 apabila Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Malaysia di hadapan 30,000 rakyat berbilang kaum.

Upacara tersebut turut diakhiri dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.

Sejak tahun 2010, kerajaan Malaysia menetapkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara untuk memperingati Hari Malaysia.

Mexico

Menurut portal WFAA, negara Mexico menyambut Hari Kemerdekaannya pada 16 September, hari yang menandakan permulaan pembebasan negara daripada pemerintahan Sepanyol.

Pada 16 September 1810, di bandar kecil Dolores (kini Dolores Hidalgo, Guanajuato), Miguel Hidalgo yang merupakan seorang paderi Katolik membunyikan loceng gereja dan menyeru rakyat untuk bangkit menentang pemerintahan Sepanyol.

Pengisytiharan bersejarah ini, yang dikenali sebagai Grito de Dolores atau ringkasnya El Grito telah mencetuskan Perang Kemerdekaan Mexico.

Perayaan Hari Kemerdekaan menunjukkan kepada dunia betapa Mexico menyayangi dan menghargai warisannya.

Ia adalah satu cara untuk menghormati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan yang berjuang untuk kebebasan negara mereka.

Lebih-lebih lagi, ini adalah peluang untuk orang Mexico untuk mengukuhkan nilai yang mereka pegang iaitu kebebasan, demokrasi, dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.

Papua New Guinea

Menurut portal NAA, negara Papua New Guinea merupakan wilayah Australia sehingga 16 September 1975, apabila negara itu mencapai kemerdekaan.

Ia merangkumi bekas protektorat British, Papua yang menjadi wilayah Australia sejak 1906, serta bekas koloni Jerman iaitu New Guinea, yang berada di bawah tanggungjawab Australia sebagai Wilayah Mandat Liga Bangsa-Bangsa (1921–1942).

Negara ini kemudian sebagai Wilayah Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Perang Dunia II.

Pentadbiran wilayah ini menjadi tanggungjawab seorang Pentadbir Kerajaan Australia yang melapor kepada Jabatan Wilayah Luar Australia (Department of Territories, 1951–1968)

Sejak 1951, Pentadbir dibantu oleh Majlis Perundangan yang dilantik, yang kemudiannya pada 1964 digantikan dengan Dewan Perhimpunan yang dipilih.

Sebagai langkah persiapan menuju kemerdekaan, Papua New Guinea menjadi wilayah yang memerintah sendiri pada 1 Disember 1973.

Upacara utama yang diadakan di Port Moresby disempurnakan oleh Putera Charles (mewakili Ratu Elizabeth II) Sir John Kerr (Gabenor Jeneral Australia) dan Gough Whitlam (Perdana Menteri Australia).

Menteri Ketua Papua New Guinea, Michael Somare, yang menjadi Perdana Menteri pertama negara itu, turut menjadi sebahagian dalam detik bersejarah tersebut.

BACA: Bapa Bertindak Di Luar Kawalan Selepas Rugi Berniaga “Online”

Sumber: Perpustakaan Negeri Sabah, NAA, WFAA