Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
gencatan kemboja thailand
Gambar: BERNAMA

Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar

Hannah

Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) — Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di sini.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang itu.

Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap krisis berkenaan.

“Perdana Menteri Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Phumtham telah menyatakan pendirian dan kesediaan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta memulihkan keadaan kepada sediakala.

“Sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini, Malaysia bersedia menyelaras satu pasukan pemerhati bagi mengesahkan dan memastikan pelaksanaan gencatan senjata.

“Malaysia juga akan berunding dengan negara anggota ASEAN lain untuk menyertai usaha pemerhatian ini, sebagai mencerminkan komitmen serantau dalam menyokong keamanan di lapangan,” katanya pada sidang media bersama.

Pada sidang media itu, Anwar berkata Kemboja dan Thailand mencapai satu persefahaman bersama termasuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai.

“Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja akan mengadakan mesyuarat tidak rasmi antara pegawai pemerintah serantau pada pukul 7 pagi 29 Julai, diikuti mesyuarat bersama Atase Pertahanan yang diketuai oleh Pengerusi ASEAN, tertakluk kepada persetujuan bersama.

Thailand dan Kemboja juga bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) pada 4 Ogos dan Kemboja menjadi tuan rumah.

Sementara itu, Anwar berkata kedua-dua negara turut bersetuju menyambung semula komunikasi langsung antara kedua-dua Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.

Beliau berkata Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Malaysia, Kemboja dan Thailand telah diarahkan untuk membangunkan mekanisme terperinci bagi pelaksanaan, pengesahan dan pelaporan berhubung gencatan senjata itu.

“Mekanisme ini akan menjadi asas kepada keamanan yang berkekalan dan kebertanggungjawapan,” katanya.

Anwar berkata mesyuarat ini turut mengesahkan tekad bersama Malaysia, Kemboja dan Thailand untuk menegakkan prinsip undang-undang antarabangsa, hidup bersama secara aman serta kerjasama pelbagai hala dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap situasi ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menghubungi pemimpin kedua-dua negara bagi menggesa mereka mencari penyelesaian secara aman.

Selain itu, beliau berkata pihak China juga dilaporkan sentiasa berhubung rapat dengan Kemboja, Thailand, Malaysia dan negara berkaitan bagi menggalakkan dialog, gencatan senjata dan pemulihan keamanan secara aktif.

“Kehadiran dan kerjasama semua pihak menunjukkan komitmen bersama terhadap keamanan, dialog dan kestabilan serantau,” katanya.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu mempunyai sejarah pertikaian diplomatik berhubung kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditanda sepenuhnya.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang sebelum ini terpendam, tercetus sejak 28 Mei susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara di kawasan sempadan yang dipertikaikan berhampiran Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Pertempuran terbaharu kemudian tercetus pada 24 Julai, dengan beberapa kejadian pertempuran bersenjata dilaporkan di kawasan sempadan utara Kemboja, menyebabkan korban jiwa di kedua-dua pihak.

BACA: Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Sumber: BERNAMA