Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Kredit: Bernama

Zulfarhan Jerit, Tarik Kaki Semasa Ditekap Seterika – Tertuduh Kelima

Amira

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Tertuduh kelima dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mangsa menjerit “jangan buat lagi”, menarik kaki dan menepis semasa dia menekap seterika wap di bahagian kaki mangsa.

Mohamad Shobirin Sabri, 23, berkata dia secara spontan menekap seterika wap itu di bahagian kaki Zulfarhan selepas seseorang yang tidak dapat dipastikan menyerah seterika itu kepadanya.

“Pada 22 Mei 2017 lebih kurang pukul 4.30 pagi, saya pergi ke bilik 4-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM dan saya dengar beberapa orang sedang menyoal siasat Zulfarhan mengenai kes kecurian barang di blok asrama itu.

“Selang beberapa minit, saya ingin keluar daripada bilik tersebut kerana kebetulan waktu itu saya mahu bersiap untuk solat Subuh di masjid. Semasa mahu keluar dari bilik, seseorang yang saya tidak pasti menyuruh saya menggunakan seterika wap kepada Zulfarhan dan saya secara spontan menggunakan seterika itu kepada Zulfarhan sekali sahaja.

“Selepas itu saya meletakkan seterika wap itu di atas meja dan terus kembali ke bilik saya di 5-2, blok penginapan asrama Jebat, UPNM,” katanya disoal peguamnya Datuk Hazman Ahmad pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Mohamad Shobirin berkata dia mengetahui rakan-rakannya termasuk tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi Azmal membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi untuk mendapatkan rawatan semasa berada di sebuah hotel di Bangi pada 27 Mei 2017.

“Saya melihat ada balutan bandage di beberapa bahagian tubuh badan Zulfarhan dan semasa bersembang, Zulfarhan memberitahu saya bahawa dia berada dalam keadaan OK,” katanya yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik.

Tertuduh berkata sepanjang 28 Mei hingga 30 Mei 2017, dia tidak pernah melawat Zulfarhan sehinggalah mengetahui kematian mangsa pada 1 Jun pukul 10.30 malam semasa berkumpul di hadapan Wisma Pegawai Kadet.

“Jangan buat lagi”

Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengenai perkataan yang disebut Zulfarhan semasa dia menjerit, tertuduh menjawab: “Jangan buat lagi”.

Tertuduh bersetuju dengan Julia bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa seterika wap itu berasap dan panas, namun tetap menekapnya di bahagian kaki Zulfarhan.

“Benar Yang Arif,” jawab Mohamad Sobirin selepas ditanya Julia adakah semasa kejadian dia mempunyai pilihan untuk menekap atau tidak seterika wap ke atas Zulfarhan.

Kepada cadangan Julia bahawa Zulfarhan menjerit kerana dia berada dalam keadaan kesakitan memandangkan seterika wap itu panas dan keluar wap, Mohamad Sobirin menjawab: “Benar ia berwap”.

Julia: Setuju tak kalau keluar wap maknanya panas?

Mohamad Sobirin: Setuju Yang Arif.

Mohamad Sobirin, antara 18 pelajar UPNM yang diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan, juga bersetuju dengan Julia bahawa perbuatannya itu salah.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa mencederakan mang­sa bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Feb depan.

Sumber: BERNAMA