Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas

”Anak Setinggan Di Mata Dunia”, Ayuh Undi Untuk Hantar Qobin Jadi Penjelajah Polar

Fazidi

Kami yakin, anda tentu pernah mendengar nama Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ataupun mesra dipanggil sebagai Qobin. Penjelajah berjiwa kental rakyat Malaysia ini pernah menjejakkan kakinya di merata ceruk muka bumi yang memberi cabaran tersendiri kepada sesiapa sahaja yang sudi menyahut cabaran alam itu.

Antara kejayaan yang pernah dicatatkannya sebelum ini termasuklah menawan 7 puncak tertinggi di tujuh benua yang berbeza antaranya Gunung Everest dan Gunung Kilimanjaro.

Terbaru, melalui undian di atas talian, Qobin sedang berusaha untuk meletakkan namanya antara manusia yang berjaya menjejakkan kaki di Jelajah Polar Fjallraven 2019 iaitu jelajah salji sejauh 300 kilometer melibatkan 20 penjelajah dari 10 bahagian dunia.

Bagaimanapun, Qobin tidak mampu melakukannya secara sendirian kerana semuanya terletak pada undian. Nyatakan sokongan anda kepada Qobin dengan membuat undian di pautan yang ditinggalkan di perkongsian di bawah.

ANAK SETINGGAN DI MATA DUNIA, UNDI ANAK MALAYSIA KE POLAR

Kisah Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dulunya berasal dan membesar di sekitar setinggan, jarang kita baca dan tahu sebelum menempatkan diri beliau sebagai penjelajah Grand Slam Last Degree pertama Malaysia dan yang ke 60 terawal dunia.

Sebelum bersambung kisah Qobin, bantu beliau dengan mengundi (percuma) di link bit.ly/qobinforpolar dan berikan 1 minit masa untuk kita amanahkan beliau untuk berjaya membawa nama Malaysia ke ekspedisi Polar Fjallraven 2019 iaitu acara luncur salji sejauh 300KM bersama 20 penjelajah lainnya dari 10 bahagian dunia.

Di Asia Oceanic, hanya 2 orang sahaja akan terpilih dan Qobin harus bersaing dengan negara besar Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Australia, New Zealand dan Filipina. Peserta pertama akan dipilih dengan mendapat undian tertinggi dan yang kedua dipilih berdasarkan undian juri. Bantu Qobin untuk mewakili Asia Oceanic dan Malaysia ke ekspedisi tersebut.

Kisah Qobin semasa kecil, boleh kita jadikan motivasi di mana budak setinggan ini, membesar di pinggir bandar kota raya Kuala Lumpur iaitu di Pantai Dalam.

Membesar dalam keluarga yang ramai 12 orang dengan Ibu yang telah bercerai dengan bapa semenjak usia 11 tahun, sedikitpun tidak menjadikan Qobin seorang yang mengeluh dan berputus asa. Dibesarkan tanpa ada bilik sendiri, hanya ruang tamu dan bantal kerusi digunakan untuk mengalas kepala.

Tatkala usia 11 tahun, Qobin berjinak dengan aktiviti sukan dan menyertai pasukan sekolah ke beberapa acara seperti olahraga, bola sepak, bola baling dan berjaya menjadi olahragawan sekaolah selama 3 tahun berturut turut dari tingkatan 2 sehingga tingkatan 4.

Atas kelebihan sukan dan SPM di pangkat 2, beliau berjaya sambung pelajaran ke peringkat Diploma Sains Sukan dan Rekreasi di UITM.

Everest, Berbasikal Dunia, 7 Benua dan Penjelajah Grand Slam

Selepas masuk semester 4 di tahun kedua UITM Qobin berjaya membawa nama negara ke puncak gunung Everest pada tahun 2004.

Tamat pelajaran, Qobin terus mencipta peluang sendiri untuk mengembara. 2007, beliau mula menjelajah dengan berbasikal bermula dari Los Angeles, Amerika menuju ke Washington DC, negara eropah sehingga ke India dan memulakan penjelajahan bermotosikal di Australia, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Laos, Thailand dan selamat pulang ke Malaysia pada tahun 2008.

Kemudian 2010 sehingga 2018, Qobin meneruskan misi mendaki ke 7 puncak tertinggi di 7 Benua dan berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama menamatkan pendakian tersebut pada tahun 2014. Boleh dapatkan maklumat berkenaan 7 gunung di carian 7 Summits.

Dalam pada yang sama, Qobin memberi ruang dan peluang kepada anak muda lain untuk berjaya. Beliau selaku Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia telahpun berjaya menghantar 6 Perenang Ke Selat Inggeris, 7 pendaki termasuk anak Felda ke Everest 2013, 8 Penjelajah Greenland 2014, dan 2 penjelajah Kutub Utara dan Kutub Selatan pada rahun 2017 dan beliau juga telah berjaya berski di kedua dua Kutub tersebut sejauh 111KM di setiap kutub.

Siapa sangka anak orang setinggan dengan keluarga yang besar ini, mampu mencipta sejarah buat Malaysia. Jika kita mahu, pasti boleh berjaya. Semoga kita dapat membantu untuk mengundi beliau di Link yang diberikan agar beliau terpilih menjadi 20 orang penjelajah Polar Fjallraven 2019 nanti. Selamat berjaya dan syabas diucapkan buat anak Malaysia ini. Undi Qobin di bit.ly/qobinforpolar

Sumber : Muqharabbin Mokhtarrudin