Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Foto: Bernama

3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Awal Pagi Tadi

Edayu

SHAH ALAM, 6 Dis – Tiga sekeluarga maut manakala seorang melecur teruk apabila rumah mereka di Jalan Binjai, Pandamaran, Klang dekat sini terlibat dalam satu kebakaran, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Pua Yoke Moi, 70, Soon See Eng, 54, serta Ang Kar Hian, 22, yang juga merupakan orang kurang upaya.

“Kesemua mangsa ditemui di dalam dua bilik tidur berasingan di rumah berkenaan, Soon dan anaknya Ang ditemui dalam bilik yang sama manakala nenek mereka, Pua di sebuah lagi bilik tidur.

“Dalam kejadian ini juga seorang lagi lelaki Ang Cheng Kiat, 55, telah melecur sebanyak 50 peratus dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut manakala dua lagi anaknya berusia 27 tahun dan 30 tahun selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hafisham berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 3.12 pagi tadi dan seramai 24 anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada kira-kira 10 minit kemudian dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.30 pagi, ketika pihak bomba tiba di lokasi, api telahpun marak berikutan rumah yang terlibat dibina menggunakan papan dan pihak kami berjaya mengawal api berkenaan dari merebak ke rumah-rumah berdekatan,” katanya.

Hafisham berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga mangsa yang terselamat berjaya menyelamatkan diri dan berada di luar rumah manakala sebuah lagi rumah terlibat tidak berpenghuni kerana difahamkan keluar bercuti.

Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke HTAR Klang untuk bedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama