Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui

Hantaran Hitam Dan #BlackOutTuesday Penuhi Media Sosial, Tanda Pembelaan Atas Kematian George Floyd

Edayu

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Platform media sosial Instagram menjadi gelap pada malam Selasa, apabila pengguna di seluruh dunia memuat naik hantaran gambar kosong berwarna hitam, bagi menzahirkan pembelaan terhadap kematian warga kulit hitam, George Floyd, ketika ditahan polis Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), minggu lepas.

Hantaran berwarna hitam itu yang disertakan dengan tanda pagar #blackoutTuesday dilihat sebagai simbol perpaduan dengan masyarakat kulit hitam dan tunjuk perasaan terhadap perkauman serta budaya kekejaman polis terhadap mereka di AS.

‘Blackout Tuesday’ bermula sebagai protes industri muzik terhadap kematian Floyd, yang kemudian telah mencetuskan tunjuk perasaan dan rusuhan di seluruh negara itu dan ia juga sebagai tanda sokongan terhadap pergerakan Black Lives Matter.

Sementara selebriti antarabangsa seperti Jeniffer Lopez, Usher dan The Rock melaksanakan peranan mereka, ahli perniagaan dan mereka yang berpengaruh di media sosial di Malaysia turut menyertai tindakan sama, menyuarakan sistem layanan tidak adil terhadap masyarakat berkulit hitam dan kontroversi berkitar dengan bantahan jalanan yang menjadi tajuk utama media dunia sejak minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memuat naik hantaran hitam di Instagramnya dengan tulisan ‘Black Lives Matter’ yang ditebalkan, menzahirkan perasaannya berhubung kejadian itu.

“Perkauman sentiasa menjadi salah satu kebencian terbesar saya. Coronavirus telah menunjukkan, kita semua sama. Tetapi perkauman berlaku di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk,” kata ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menerusi catatan di Instagramnya.

Penyanyi lagu popular Yuna juga mengambil pendirian menyiarkan gambar hitam dengan petikan “Rasisme dan benci tidak ada tempat di sini. #blacklivesmatter”,.

Dia juga berkongsi bagaimana muzik masyarakat berkulit hitam mempengaruhinya sebagai artis.

“Sebagai artis Muslim Malaysia yang membesar dengan mendengar muzik yang dihasilkan oleh artis dan komposer berkulit hitam, tidak pernah membayangkan bahawa saya kemudian akan membesar dan berpeluang bekerja dengan artis, produser, pemuzik, penari berkulit hitam yang berbakat termasuk juga berhubung dengan peminat – adalah tanggungjawab saya untuk bersama bukan sahaja untuk meraikan kemenangan tetapi juga berada di sana dan berdiri bersama semasa berlaku kehilangan.

“Tanpa kegigihan mereka, kami tidak akan dapat menikmati dan menginspirasikan oleh karya seni mereka – yang menghubungkan semua orang di seluruh dunia, bahkan hingga ke Malaysia,” katanya dalam kapsyen.

Pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri juga memuat naik gambar kosong hitam di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang memetik kata-kata ikon Aktivis Hak Asasi Manusia, mendiang Martin Luther King Jr, “Kegelapan tidak dapat mengusir kegelapan, hanya cahaya yang dapat melakukannya. Kebencian tidak dapat mengusir kebencian, hanya cinta yang dapat melakukannya. – Cukup-cukuplah,”

Ribuan pengguna Malaysia juga berkongsi pendapat mereka mengenai kejadian tersebut melalui aplikasi dan platform media sosial yang lain, memberi penerangan dan mendidik orang ramai untuk menyuarakan pendapat berhubung isu itu.

Pada 25 Mei lalu, sebuah video tular di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis berkulit putih, Derek Chauvin menekan lututnya di atas leher Floyd, yang terbaring, selama lapan minit 46 saat, sehingga menyebabkan lelaki berkulit hitam itu tidak dapat bernafas.

Floyd, 46, beberapa kali merayu meminta dilepaskan dengan berkata, “Saya tidak dapat bernafas!”, tetapi Chauvin dilihat tidak mengendahkan dan terus menekan lehernya di lutut Floyd, yang turut mencetuskan ketakutan dalam kalangan warganet yang menyaksikan video itu.

Floyd akhirnya meninggal dunia, tetapi pejabat pemeriksa perubatan memutuskan kematiannya akibat kegagalan jantung dan tidak menyebut sesak nafas.

Bagaimanapun, laporan bedah siasat pihak lain mendapati Floyd mati kerana sesak nafas dan memutuskan kematiannya sebagai satu pembunuhan.

Video berkenaan, termasuk beberapa kes yang sama membabitkan keganasan polis terhadap masyarakat kulit hitam AS, telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat negara itu sehingga membawa kepada tunjuk perasaan jalanan di dalam dan luar negara.

Sumber: Bernama