Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia

Suami Isteri Buat Laporan Palsu Ditahan, Elak Denda Buat Kad Pengenalan Baharu

Edayu

MELAKA, 4 Dis – Gara-gara tidak mahu membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu, sepasang suami isteri, kedua-duanya berumur 27 tahun sanggup membuat laporan palsu kononnya beg diragut dan rugi RM3,000 dalam kejadian di Kota Syahbandar di sini, 29 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata siasatan awal mendapati insiden ragut yang didakwa berlaku kira-kira 9.30 malam itu sebenarnya dirancang oleh isteri pengadu.

Beliau berkata dalam laporan polis yang dibuat oleh suaminya, lelaki itu yang bekerja sebagai jurujual di kedai telefon bimbit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki berkenaan membuat laporan palsu bagi mengelak dikenakan denda membuat kad pengenalan baharu dan kejadian diragut adalah satu rekaan mereka.

“Beg sandang yang didakwa diragut sebenarnya tercicir dan kedua-dua mereka ditahan ketika memberi keterangan pada 1 Dis lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Afzanizar berkata lelaki tersebut ditahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu manakala isterinya yang bekerja sebagai kerani akaun ditahan di bawah Seksyen 182 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan bersubahat.

Beliau berkata orang ramai diingatkan tidak membuat laporan palsu bagi kepentingan peribadi atau mempermainkan laporan polis yang dibuat kerana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 59 laporan palsu kes ragut atau samun diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dalam tempoh Januari hingga November lepas.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes telah berjaya diselesaikan dan telah dituduh di mahkamah.

— BERNAMA