Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas

Sijil SPM Hilang Atau Rosak Ketika Banjir ? Ini Cara Nak Mohon Sijil Baharu Melalui Pos

Sha Rossa

Sijil-sijil peperiksaan sewaktu di zaman persekolahan sebenarnya penting bagi sesebuah urusan. Terutama sekali bagi urusan permohonan kerja. Dokumen ini diperlukan bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon berdasarkan kriteria atau keputusan akademik yang ditetapkan.

Tetapi, kadang-kala sijil peperiksaan yang disimpan boleh hilang atas faktor-faktor tertentu terutama sekali ketika bencana banjir melanda beberapa negeri. Mungkin juga sijil-sijil itu dihanyut oleh air atau rosak. Sudah puas mencari, tetapi langsung tidak berjumpa. Jangan risau, kerana anda boleh mendapatkan semula sijil-sijil tersebut dengan cara yang mudah.

Perkongsian sebuah laman Blog AfterSchool ini, mungkin boleh dijadiakn panduan untuk anda mendapatkan kembali sijil-sijil peperiksaan yang telah hilang. Mudah dan cepat.

Jom kita ikuti ‘step-step’ yang dinyatakan seperti di bawah ini:

Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

  • Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)

  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan

  • Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

PERMOHONAN MELALUI POS

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :

  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)

  • Salinan kad pengenalan pemohon

  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Permohonan melalui KAUNTER LP

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja

  • Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja

Permohonan melalui POS

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.

  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.

Untuk makluman anda, Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses, pastikan anda menyemak permohonan selengkapnya. Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan semula sijil peperiksaan yang baru. Keputusan masih sama ye, jangan berangan pula keputusan berubah.

Sumber: After School