Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI SOP Aidilfitri: Solat Sunat Aidilfitri Dibenarkan Seluruh Negara Kecuali Kawasan PKPD

Edayu

Kerajaan membenarkan aktiviti solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media khas perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi takbir raya di masjid dan surau, ia dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Bagaimanapun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Justeru itu, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau juga tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD

Sumber: Sidang Media MKN