Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Gambar: Hello Doktor

‘Peragut Nyawa’ Paling Bahaya Buat Kaum Lelaki, Ini Punca, Simptom & 4 Tahap Kanser Testis

Nurul Nabila

Antara penyakit yang paling menakutkan dan menjadi salah satu punca kematian tertinggi di Malaysia ialah penyakit kanser. Penyakit kanser ada pelbagai jenis dan salah satunya ialah kanser testis yang boleh dihidapi oleh mana-mana kaum lelaki.

Penyakit ini tidak mengenal usia mahupun kesihatan seseorang itu. Buktinya, kita sendiri baru sahaja dikejutkan dengan berita mengenai atlet sukan Malaysia yang aktif, Brendan Gan yang disahkan menghidap kanser Testis dan telah menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan.

Oleh yang demikian, kesedaran mengenai kanser testis perlulah dititik beratkan oleh kaum lelaki bagi mengelakkan daripada menjadi ‘mangsa’ barah ini. Untuk mengetahui apakah simptom dan tahap-tahap kanser testis, ikuti perkongsian Hello Doktor seperti di bawah:

Terdapat pelbagai jenis penyakit kanser yang wujud di dunia ini dan antara yang paling berbahaya buat kaum lelaki adalah kanser testis.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku kepada alat sulit penderita sekiranya menderita kanser jenis ini?

Usah berlengah lagi, mari sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa itu kanser testis?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi kanser jenis ini terlebih dahulu.

Jika wanita ada ovari, lelaki pula ada testis atau buah zakar yang memainkan fungsi penting di dalam sistem perkumuhan serta pembiakan.

Ia terletak di dalam skrotum atau kantung zakar dan akan merembeskan hormon testosteron serta terlibat dalam proses penghasilan sperma.

Sekiranya anda menghidapi kanser testis, sel di dalam organ ini akan mengalami mutasi dan berkembang biak dengan banyak di luar kawalan.

Kanser testis adalah pelbagai dan terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada sel yang terlibat:

  • Kanser germ cell

  • Kanser leydig

  • Kanser sertoli

  • Limfoma

Perbezaan antara semua jenis yang dinyatakan di atas ini hanya boleh dilakukan melalui biopsi dan pemeriksaan patologi menggunakan mikroskop.

Dalam pada itu juga, kanser testis mempunyai beberapa tahap sama seperti jenis kanser yang lain juga.

Berikut adalah 4 tahap yang utama:

Tahap 1

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang tidak menyakitkan. Pada ketika ini, ia masih belum merebak ke anggota tubuh badan yang lain.

Tahap 2

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang mungkin menyakitkan. Pada ketika ini, ia mungkin telah merebak ke nod limfa di bahagian abdomen.

Tahap 3

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang mungkin menyakitkan. Pada ketika ini, ia mungkin telah merebak ke nod limfa di bahagian diafragma.

Tahap 4

Timbul ketulan atau benjolan pada testis yang sangat menyakitkan. Pada ketika ini, ia pasti telah merebak ke paru-paru, hati atau tulang.

Punca ia berlaku

Sehingga kini, pakar masih belum dapat mengetahui punca sebenar yang jelas tentang kanser jenis ini namun masih wujud beberapa faktor risiko yang akan mencetuskan mutasi sel terbabit.

Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:

  • Testis tidak turun dari abdomen (cryptorchidism)

  • Masalah pembentukan sistem pembiakan (gonadal dysgenesis)

  • Sejarah kanser testis dalam keluarga

  • Pernah mengalami kanser yang sama

  • Menghisap rokok

  • Menghidap HIV

Simptom ia berlaku

Sekiranya ia berlaku kepada anda, mungkin akan muncul beberapa simptom terhadap individu termasuklah:

  • Muncul ketulan atau benjolan pada buah zakar

  • Skrotum berasa berat atau beban

  • Testis menjadi bengkak dan sakit

  • Sakit dalam perut atau pangkal paha

  • Keluar cecair dari skrotum secara tiba-tiba

  • Rasa sakit atau tidak selesa dalam zakar atau skrotum

  • Payudara menjadi besar dan sakit

  • Sakit pada bahagian belakang tubuh badan

Seandainya ia telah merebak ke bahagian tubuh badan yang lain pula, mungkin ini perkara yang akan berlaku:

  • Sangat cepat penat

  • Hilang selera makan

  • Penyusutan berat badan yang ketara

  • Rasa sakit di bahagian abdomen

  • Sakit kepala

  • Sakit belakang

  • Batuk berdarah

  • Bengkak nod limfa

Apa perkara yang akan berlaku pada testis jika menghidapinya?

Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu apa perkara yang akan berlaku pada testis jika menghidapi kanser jenis ini?

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, testis mungkin akan mengalami perubahan yang agak ketara dari luaran dan dalaman.

Namun perubahan ini akan didasari oleh sejauh mana tahap kanser testis itu telah merebak sama ada 1, 2, 3 atau 4.

Dari luaran, perubahan yang terlihat mungkin akan nampak sama sahaja iaitu akan timbul ketulan atau benjolan pada buah zakar penderita.

Namun ketulan ini mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit jika masih berada pada tahap 1, namun mungkin akan menyakitkan jika sudah merebak ke tahap 2 dan 3.

Pada tahap terakhir yakni keempat pula, ketulan atau benjolan ini sudah pasti akan mendatangkan rasa sakit terutamanya apabila disentuh atau dipegang.

Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera jika terlihat sebarang perubahan pada testis anda ya?

Bagaimana merawat kanser testis?

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser testis adalah sangat berbahaya buat kaum lelaki kerana ia akan merosakkan sistem pembiakan serta perkumuhan.

Dalam pada itu, kanser testis adalah peragut nyawa paling bahaya buat kaum lelaki ekoran kekurangan kesedaran mengenai pengetahuan penyakit ini.

Oleh itu, sila lakukan pemeriksaan buah zakar secara berkala dengan doktor untuk memulakan rawatan dengan kadar segera.

Sekiranya kondisi ini dikesan pada tahap 1, cara merawatnya adalah dengan pembedahan membuang testis dan pesakit tidak memerlukan terapi lain.

Seandainya ia berada di tahap seterusnya yakni 2, 3 atau 4 pula, pembedahan berserta kemoterapi dan radioterapi akan dicadangkan buat penderita.

Sumber: Hello Doktor