Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sudah menjadi norma bagi setiap masyarakat untuk merakam detik-detik yang pernah mereka lakukan walaupun hanya merakam gambar meja.
Kini, ramai telah menggunakan Instagram untuk berkongsikan perkara yang mereka lakukan dan ada juga yang rakam video di bahagian Instagram Story.
Mana taknya, story tersebutlah akan buat kita mengimbas semula detik-detik menarik yang kita pernah lalui.
Akan tetapi, ada sesetengahnya berkata jika mereka simpan story tersebut, lagu yang disertakan sekali tidak dengar?
Macam mana nak buat ya? Haa, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, wanita ini ada berkongsikan dua cara menerusi akaun ciapan miliknya.
Buka Instagram Story yang sudah disiarkan dan tekan More.
Seterusnya, tekan Copy Link.
Selepas itu, buka Google atau Browser yang anda gunakan dan taip storysaver.net.
Masukkan link tadi dan tekan Download.
Buka Direct Message di Instagram dan taip nama akaun anda.
Tekan logo kamera yang berwarna biru
Muat naik Instagram Story anda dan pilih lagu yang anda mahukan.
Seterusnya, tekan KEEP IN CHAT.
Tekan lama-lama di video yang sudah dimuat naik tersebut
Akhir sekali, tekan More dan Simpan.
Sumber : Twitter anisssurayaaa