Wanita Nyaris Maut Dua Jam Dibelit Ular Sawa Gergasi
Seorang wanita Thailand nyaris maut apabila seekor ular sawa gergasi menyerangnya di dapur rumah.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 64 tahun ingin mencuci pinggan pada waktu malam.
Mangsa, Arom Arunroj, tiba-tiba merasa sakit di bahagian paha.
Mangsa kemudiannya terkejut apabila mendapati seekor ular sawa yang begitu besar menggigit dan membelit tubuhnya.
“Saya hendak cedok air, tiba-tiba rasa sakit di paha, dan bila saya tengok, ular itu sudah mula membelit saya,” kata mangsa kepada akhbar Thairath di Thailand.
Ular tersebut, sepanjang kira-kira empat hingga lima meter (13 hingga 16 kaki), dengan cepat melilit tubuhnya dan menolak mangsa jatuh ke lantai dapur.
“Saya cuba pegang kepala ular itu, tapi ia semakin mengetatkan lilitannya,” tambah mangsa.
Mangsa, yang terperangkap di pintu dapurnya, menjerit meminta pertolongan.
Namun, tiada siapa mendengar jeritannya sehinggalah seorang jiran yang kebetulan lalu di kawasan itu kira-kira satu setengah jam kemudian.
Pegawai polis, Anusorn Wongmalee, memaklumkan bahawa mangsa kelihatan sangat lemah dan pucat ketika bantuan tiba, dengan ular itu masih melilit tubuhnya.
Polis dan pegawai kawalan haiwan terpaksa menggunakan besi untuk memukul kepala ular sawa itu sehingga ia melepaskan belitannya dan melarikan diri sebelum dapat ditangkap.
Secara keseluruhannya, mangsa terperangkap selama kira-kira dua jam dalam belitan ular sawa itu sebelum berjaya diselamatkan.
Mangsa dirawat akibat beberapa gigitan ular namun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
@news5everywhere #N5DOriginals | Pinuluputan at nilingkis ng isang sawa ang 64-anyos na babae na maghuhugas lang sana ng plato sa Thailand. Dalawang oras ang inabot bago siya na-rescue. #News5 | via Reuters
Kejadian melibatkan ular tidak asing di Thailand
Menurut statistik kerajaan, pada tahun lepas, 26 orang maut akibat gigitan ular berbisa, sementara 12,000 orang dirawat akibat gigitan ular dan haiwan lain.
Ular sawa gergasi terbesar yang pernah ditemui di negara tersebut mencapai panjang 10 meter (33 kaki) dan berat 130 kilogram (287 paun).
Ular sawa yang lebih kecil biasanya memakan mamalia kecil seperti tikus.
Manakala, ular yang lebih besar menjadikan haiwan seperti babi, rusa dan kadang-kadang kucing dan anjing sebagai mangsa.
Walaupun serangan terhadap manusia jarang berlaku, ia tetap terjadi sesekali.
Ular sawa terkenal sebagai reptilia yang tidak berbisa.
Bagaimanapun, ia membunuh mangsanya dengan cara membelit dan menghimpit sehingga mangsa tidak dapat bernafas.
Selain itu, di Thailand, ular sawa batik merupakan spesies ular terbesar dengan panjang biasanya antara 1.5 hingga 6.5 meter (5 hingga 21 kaki) dan berat sehingga 75 kilogram (165 paun).
BACA: Angka Kematian Melebihi 500 Susulan Konflik Israel – Hizbullah
BACA: Tidak Pulang Sudah Empat Hari, Lelaki Ditemui Maut Tertimbus
BACA: Seorang Maut, 20 Dikhuatiri Terperangkap Dalam Terowong Selepas Tanah Runtuh Di Jepun