Hilang Sejak 8 Oktober, Empat Pelajar Darul Quran Ittifaqiyah Ditemui Selamat
Empat pelajar tahfiz dari Darul Quran Ittifaqiyah yang hilang sejak Selasa lalu dilaporkan telah ditemui dengan selamat, lapor Sinar Harian.
Bapa kepada Muhammad Abdul Razak, salah seorang pelajar yang dilapor hilang itu turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah ditemui.
“Alhamdulillah syukur. Anak saya bersama tiga kawannya selamat ditemui,” kata Rasidi Othman.
Menurut Rasidi, anaknya bersama tiga pelajar lain itu ditemui di Bangi dan kini berada dalam pengawasan pihak polis.
“Saya harap tuan (media) dapat tolong uar-uarkan dan memberi tahu kepada semua bahawa kes pelajar yang hilang ini sudah selesai,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Menggangap kejadian ini adalah satu ujian buat dirinya dan keluarga
Ujarnya, apa yang berlaku merupakan satu ujian buat dia dan keluarga, namun berharap ada hikmah disebaliknya.
Malah, di luar sana ada lebih ramai orang yang diuji dengan ujian yang lebih berat daripada situasi yang dialaminya.
Justeru, dia menganggap semua perkara yang berlaku merupakan hikmah daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana Allah SWT mengakhiri ujian dirinya apabila Muhammad Abdul Razak ditemui semula.
“Inilah nikmat hamba yang sentiasa bergantung kepada Yang Maha Esa dan mungkin ia ujian saya akan datang, kita tidak tahu.
“Malah daripada kejadian ini, kita dapat berkenalan atas semua aturan-Nya,” kata Rashidi lagi.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini
Ketika ditanya mengenai kejadian berlaku, Rasidi menjelaskan bahawa dia dan sekeluarga bersama pihak sekolah telah melakukan pencarian pada hari yang sama mereka dilaporkan hilang.
Usaha pencarian keempat-empat pelajat berkenaan tuurt dilakukan bersama beberapa kenalan termasuk anggota polis peronda.
“Bila sudah tidak jumpa, baru pihak tahfiz membuat laporan polis pada Selasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya akan berkongsi perkembangan kes tersebut dalam masa terdekat.
BACA: METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Petang Ini
Sumber: Sinar Harian