Siakap Keli
hospital columbia asia

Hospital Columbia Asia-Cheras & FUJIFILM Bersatu Tingkatkan Kesedaran Saringan Payudara Dalam Kalangan B40

Hospital Columbia Asia-Cheras & FUJIFILM Bersatu Tingkatkan Kesedaran Saringan Payudara Dalam Kalangan B40

KUALA LUMPUR – Hospital Columbia Asia – Cheras (CAH-C) dengan kerjasama FUJIFILM Malaysia Sdn Bhd, telah menganjurkan Acara Amal PinkTober di hospital terbabit pada Selasa bagi meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Acara itu menekankan keperluan mendesak untuk kesedaran kanser payudara di Malaysia, di mana satu daripada 23 wanita berisiko menghidap penyakit itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, Cheras, YB Ong Chun Wei menyerikan majlis bersama Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Columbia Asia (Wilayah 1), Puan Engku Marina Engku Hatim, Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, Kensuke Aragane dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CAH-C, James Chong.

Memeriahkan acara itu ialah Key Opinion Leader (KOL) yang terkenal dengan gurauan santai dan nasihat perubatannya, Dr Malar Santhi.

Wanita B40 terima baucar

hospital columbia asia

Hasil tajaan RM20,000 daripada FUJIFILM kepada CAH-C, 100 wanita berumur 40 tahun ke atas dalam kategori B40 telah diberikan baucar untuk pemeriksaan mamogram dan ultrasound percuma.

YB Ong pula memudahkan pemberian baucar dalam kalangan komuniti B40 di Balakong sebagai sebahagian daripada usaha CSR kerjasama dengan CAH-C dan FUJIFILM. Usaha ini membantu memberi insentif kepada penerima untuk mengutamakan kesihatan mereka melalui pemeriksaan awal di CAH-C tanpa perlu risau tentang kos atau akses.

“FUJIFILM Malaysia berbangga untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui pemeriksaan percuma ini. Kami percaya bahawa akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti adalah penting untuk semua orang dan kami komited untuk memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia.

“Kami berharap pemeriksaan ini akan membantu mengenal pasti masalah kesihatan yang berpotensi lebih awal dan menggalakkan penjagaan pencegahan,” kata Aragane.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan diagnosis kanser payudara peringkat akhir, terutamanya dalam kalangan wanita dalam komuniti B40.

Komitmen untuk melawan kanser payudara

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan, Columbia Asia percaya pada kuasa pencegahan. Pengesanan awal melalui permeriksaan biasa boleh menyelamatkan nyawa dan kami komited untuk menjadikan ini boleh diakses oleh semua wanita, terutamanya mereka yang mungkin teragak-agak kerana kekangan kewangan.

“Acara ini adalah bukti komitmen kami kepada masyarakat. Kami berharap dapat memperkasakan wanita untuk menjaga kesihatan mereka dan memecahkan halangan ketakutan yang menghalang ramai orang daripada mengambil langkah pertama yang penting ke arah penjagaan yang lebih baik,” kata Engku Marina.

Majlis tersebut berjaya menyampaikan mesej betapa pentingnya menjaga kesihatan dengan bersungguh-sungguh. Ia berfungsi sebagai batu loncatan dalam memupuk budaya di mana wanita digalakkan untuk menjaga kesihatan mereka dan akhirnya memanjangkan jangka hayat mereka.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.