Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
bapa derma buah pinggang anak
Gambar: TikTok @dr.zulkifli
Tiada Kategori

Mahu Derma Buah Pinggang Untuk Anak, Netizen Sebak Bapa Sanggup Berhenti Merokok

Nur Alissa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mahu Derma Buah Pinggang Untuk Anak, Netizen Sebak Bapa Sanggup Berhenti Merokok

Selain ibu, ayah merupakan insan yang penting dalam hidup seorang anak dan menjadi payung dalam keluarga itu.

Walaupun kelihatan tegas dan garang di luar kerana mahu menjadi tempat untuk isteri dan anak-anak bergantung, namun jauh di sudut hati mereka juga sangat mengambil berat tentang keluarga.

Bahkan, setiap kemahuan dan rintihan anak-anak cuba dipenuhi tanpa sebarang keluhan.

Meskipun bermandi peluh di bawah sinar matahari dan berkorban masa, senyuman yang terukir di raut wajah anak ibarat ubat kepada segala penat lelah seorang ayah.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @dr.zulkifli menunjukkan kasih seorang bapa terhadap anaknya.

Hero Saya

kegagalan buah pinggang
Kredit: @dr.zulkifli via TikTok

Menurut Zulkifli yang juga seorang doktor, dia telah disahkan menghidap buah pinggang tahap 5 pada tahun 2020 dan memerlukan penderma.

Sejak itu, bapanya mengambil keputusan untuk menjadi penderma untuk anaknya. Lebih meruntun hati, Zulkifli mendedahkan ayahnya merupakan seorang perokok.

“Ayah saya adalah seorang perokok tegar Gudang Garam. Namun, ayah saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok supaya dia dapat mendermakan buah pinggangnya kepada saya.” – Dr. Zulkifli

Berkatnya kasih kepada anak, bapanya kini telah berhenti merokok sejak tiga bulan lepas dan mampu menjadi penderma untuk anaknya.

Dalam perkongsian Dr. Zulkifli, memaparkan bapanya menggunakan alat dikenali sebagai ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’ sewaktu berada di dalam wad sebuah hospital.

Tambah Zulkifli, bapanya melakukan proses itu ketika bersiap sedia untuk menjalani pemindahan (semalam) buah pinggang bersama ayahnya.

Gambar: TikTok @dr.zulkifli

Hampir putus asa dalam hidup

Dalam hantaran berbeza, Zulkifli memberitahu bahawa dia ibarat layang-layang terputus tali selepas disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Namun, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di sisi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat pengorbanan seorang bapa untuk anaknya. Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan kesihatan ayahnya selain berkongsi kisah masing-masing.

Berikut antara komen netizen;

“Semoga pakcik masuk dalam syurga tanpa hisab amin,” komen pengguna.

“Kasih seorang ayah buatkan aku menangis,” tulis seorang lagi.

“Ya Allah kau kurniakan kesihatan yang terbaik buat pakcik ni. Berikan kebahagian dunia akhirat. Suka tengok dia senyum,” komen pengguna lain.

Sumber: TikTok @dr.zulkifli (video 1) (video 2)

BACA: FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia

BACA: “Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah