Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
hujan 3 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 3 Negeri Petang Ini – MetMalaysia

Azizah Najib

Hujan Lebat Dijangka Landa 3 Negeri Petang Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi tiga negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook tersebut, hanya beberapa daerah di Selangor dijangka hujan lebat. Daerah yang tersenarai ialah Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi daerah Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Muka (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau). Daerah Miri (Beluru dan Telang Usan) serta Limbang turut menerima amaran tersebut.

Beralih ke Sabah, bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) turut dijangka hujan lebat. Begitu juga dengan daerah Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau).

BACA: Banjir: 32 Jalan Ditutup Di Terengganu

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap bahaya bagi seluruh negeri Kelantan dan Terengganu sehingga Jumaat. Di Pahang, hanya Jerantut dan Kuantan dijangka alami cuaca berkenaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan peningkatan jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, pagi tadi. Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 29,023 orang dengan jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,698 di 40 Pusat Perlindungan Sementara (PPS).

Manakala di Terengganu pula, jumlah mangsa direkodkan seramai 8,215 orang dengan Besut mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,205 mangsa di 51 PPS.

BACA: TNB Tutup 14 Lagi Pencawang Elektrik Di Kelantan

Berikutan peningkatan kawasan yang mengalami banjir, 14 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan oleh pihak TNB. Menurut TNB, penutupan bekalan elektrik akan dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna setempat jika banjir memburuk dan berisiko membahayakan keadaan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa waspada dengan keadaan cuaca dan risiko banjir. Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir berikutan bimbang kebocoran arus berlaku.

BACA: Rantau Panjang Lumpuh, Penduduk Trauma Teringat Tragedi 2014

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2), Bernama