Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pek kembali ke sekolah
Pek Kembali ke Sekolah RMHC Malaysia merangkumi beg sekolah serta dilengkapi dengan keperluan asas seperti pakaian seragam sekolah dan lain-lain.
Tiada Kategori

RMHC Malaysia Sumbang 10,000 Pek Kembali Ke Sekolah Untuk Kanak-Kanak Di Seluruh Negara

Nurul Naqiyah

RMHC Malaysia Sumbang 10,000 Pek Kembali Ke Sekolah Untuk Kanak-Kanak Di Seluruh Negara

GEMAS, 27 NOVEMBER 2024Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) melancarkan program terasnya, Program Pek Kembali ke Sekolah, menerusi satu majlis penyampaian sumbangan yang telah diadakan di Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan, hari ini.

Bagi tahun ini, RMHC Malaysia meletakkan sasaran untuk mengagihkan 10,000 Pek Kembali Ke Sekolah kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, dengan perbelanjaan sekitar RM1 juta. Sasaran ini merangkumi murid prasekolah yang bakal memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2025. Pek Kembali Ke Sekolah ini sedang giat diagihkan secara berperingkat sebelum sesi persekolahan bermula pada Mac tahun depan.

“Teras pendidikan RMHC Malaysia mengkhususkan kepada membantu keluarga dari golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar dalam menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka yang akan melangkah ke alam persekolahan formal buat pertama kali dengan keseronokan memiliki kelengkapan persekolahan serba baru. Melalui Program Pek Kembali ke Sekolah, RMHC Malaysia bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan ibu bapa, malah memberi motivasi kepada anak-anak prasekolah untuk ke sekolah. Semoga mereka akan bersemangat untuk belajar dan menjadi insan yang berjaya, seterusnya berbakti kepada masyarakat,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia.

pek kembali ke sekolah
Melalui Program Pek Kembali ke Sekolah, RMHC Malaysia bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, tetapi juga memberi motivasi kepada anak-anak.

Sejak Program Pek Kembali ke Sekolah ini diperkenalkan pada tahun 2017, lebih RM10 juta telah dibelanjakan bagi memberi manfaat kepada hampir 200,000 murid sekolah di seluruh negara.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif murni RMHC Malaysia, Yayasan Jaafar Ahmad, yang diasaskan oleh Dato’ Haji Azmir Jaafar dan ahli keluarga beliau, telah turut serta menghulurkan sumbangan untuk menyediakan Pek Kembali Ke Sekolah kepada kanak-kanak di Negeri Sembilan. Sejumlah 350 murid dalam daerah Tampin, melibatkan 11 buah sekolah rendah dan 4 buah Tabika KEMAS menerima pek ini hari ini. Untuk Negeri Sembilan sahaja, secara keseluruhan, dijangka 1,000 murid bakal menerima Pek Kembali Ke Sekolah.

Zainuddin Jaafar, Penasihat Yayasan Jaafar Ahmad berkata, “Sebagai anak jati Negeri Sembilan, kami sekeluarga sentiasa ingin menabur bakti kepada negeri kelahiran dan masyarakat di sini. Sumbangan Pek Kembali ke Sekolah pada hari ini adalah sebahagian daripada usaha keluarga saya untuk memastikan kanak-kanak yang memerlukan mendapat akses pendidikan yang adil dan saksama, dan berjaya dalam alam persekolahan.”

pek kembali ke sekolah
RMHC Malaysia meletakkan sasaran untuk mengagihkan 10,000 Pek Kembali Ke Sekolah kepada kanak-kanak di seluruh negara, termasuk 350 murid dari daerah Tampin.

Sebagai rekod, Dato’ Haji Azmir Jaafar dan ahli keluarga beliau merupakan anak kelahiran Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan dan banyak menjalankan pelbagai inisiatif bagi memanfaat golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan, termasuk usaha menambah baik fasiliti di sekolah luar bandar.

Di peringkat global, RMHC baru-baru ini telah menyambut ulangtahunnya yang ke-50 dalam menyentuh kehidupan kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia. Khusus di Malaysia, RMHC telah beroperasi selama 34 tahun dan berazam untuk terus menambah baik perkhidmatan sokongannya kepada kanak-kanak yang memerlukan demi meningkatkan kesejahteraan mereka, sama ada melibatkan aspek kesihatan mahupun pendidikan.