Boleh Dapat Rebat Cukai 100% Bila Bayar Zakat, Ni Cara Nak Buat Kira-kira
Semua orang tahu, cukai pendapatan wajib dibayar kalau gaji korang dah melepasi jumlah yang ditetapkan kerajaan. Tapi, tahukah korang ada cara nak kurangkan beban cukai tu? Salah satunya ialah melalui bayaran zakat, yang boleh dapat rebat cukai sehingga 100%!
Selain pelepasan cukai untuk benda biasa macam pendidikan, perubatan, dan tanggungan keluarga, rebat zakat ni sebenarnya ramai yang masih tak berapa faham cara nak kira dan claim masa e-filing. So, jom kita fahamkan sama-sama supaya korang boleh manfaatkan rebat ni sepenuhnya.
Apa Itu Zakat dan Kenapa Penting Untuk Kita Bayar?
Zakat adalah satu kewajipan agama untuk umat Islam yang berkemampuan. Tujuannya? Untuk membantu golongan asnaf seperti fakir miskin, mualaf, dan lain-lain. Tapi bukan itu je, dengan membayar zakat, korang juga boleh dapat faedah dalam bentuk rebat cukai yang sah di sisi undang-undang!
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 (Seksyen 6A(3)):
“Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.”
Dalam erti kata lain, bayaran zakat pendapatan, zakat emas, zakat pelaburan, atau KWSP boleh digunakan untuk mengurangkan cukai pendapatan anda sehingga 100% daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.
Macam Mana Nak Kira Zakat Pendapatan & Rebat Cukai
Kiraan zakat pendapatan/perniagaan:
Jumlah Pendapatan Tahunan × 2.5% = Jumlah Zakat
Pengiraan rebat cukai 100%:
Katakanlah Ahmad mempunyai pendapatan tahunan RM100,000
- A) Jumlah cukai yang perlu dibayar = RM7,000
- B) Jumlah zakat pendapatan + zakat perniagaan + zakat emas + zakat perak + zakat saham + zakat wang simpanan + zakat KWSP + fidyah = RM7,000
- C) Jumlah cukai selepas tolak rebat zakat = RM7,000 – RM7,000 = RM0.
Mudah je kan? Kalau korang dah buat potongan cukai bulanan, LHDN akan memulangkan semula lebihan wang cukai tersebut, dengan syarat korang menyertakan resit pembayaran cukai yang dibuat pada tahun semasa serta resit hendaklah dikeluarkan pihak berkuasa agama (rujuk Akta Cukai Pendapatan 1967).
Kenapa Penting Bayar Zakat di Pusat Berdaftar?
Rebat cukai ni hanya sah dengan penyata rasmi daripada pusat pungutan zakat yang berdaftar, contohnya PPZ-MAIWP.
Sempena hujung tahun, PPZ-MAIWP ada satu kempen menarik iaitu Kempen YEZ 2024 yang menggalakkan orang ramai tunaikan zakat. Lagi best, sekarang korang boleh bayar zakat dengan cara yang super mudah — terus online je!
Korang hanya perlu tunaikan zakat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024 untuk dapatkan 100% rebat cukai pendapatan. Macam yang dikatakan tadi, korang juga berpeluang untuk menang lebih 1,500 hadiah menarik seperti pakej umrah, motosikal eletrik dan pelbagai lagi.
Tunaikan zakat dengan hanya klik di sini untuk mulakan pembayaran. Untuk mudahkan lagi urusan pembayaran zakat korang, PPZ-MAIWP turut menyediakan saluran lain agar dapat membantu urusan tunai zakat. Korang hanya perlu klik di sini untuk ketahui saluran-saluran tersebut.
Jom Tunaikan Zakat, Rebut Rebat Cukai & Pahala Sama-Sama
Dah hujung tahun ni, sebelum kita bercuti, healing dan sebagainya, apa-apa zakat kena diutamakan dulu. Ini masa yang paling sesuai untuk korang semak dan kira balik pendapatan, bonus, simpanan, emas dan sebagainya yang telah cukup setahun untuk menunaikan kewajiban zakat korang. Ingat, zakat bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tapi juga satu cara untuk meringankan beban orang lain, terutamanya golongan asnaf yang sangat memerlukan.
Lebih menarik, zakat ni boleh dianggap seperti win-win situation – korang dapat pahala di sisi Allah SWT, dapat membantu mereka yang memerlukan, dan dalam masa yang sama, korang juga boleh manfaatkan rebat cukai yang boleh meringankan beban kewangan korang sendiri.
Jadi, kenapa nak tangguh-tangguh lagi? Bayar zakat hari ini dan rasai sendiri manfaatnya. Jangan lupa, tarikh akhir untuk pembayaran zakat bagi rebat cukai 2024 adalah selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024.
Lepas je tarikh tu, rebat tak boleh dituntut untuk tahun ini. So, jangan terlepas peluang, pastikan korang tunaikan zakat secepat mungkin!
Untuk maklumat lanjut atau nak terus bayar zakat dengan mudah, layari: www.zakat.com.my