Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Puas Beli Dari Sewa,” Realiti Inilah Yang Korang Nak Sangat Berlaku Pada 2025, Bakal Jadi Nyata

“Puas Beli Dari Sewa,” Realiti Inilah Yang Korang Nak Sangat Berlaku Pada 2025, Bakal Jadi Nyata

Kediaman adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan. 

Walaupun terdapat alternatif untuk menyewa atau membeli rumah, namun zaman sekarang ramai yang lebih memilih untuk menyewa rumah berbanding membeli aset hartanah ini. 

Faktor ini dipengaruhi dengan nilai hartanah yang semakin meningkat saban tahun, membuatkan ramai orang mula berkira-kira. 

Untuk membeli rumah, setiap individu memerlukan modal besar termasuk kos bayaran pendahuluan yang mahal berbanding rumah sewa.

Menerusi Kajian Sentimen Pengguna bagi separuh pertama 2023 oleh PropertyGuru Malaysia mendedahkan separuh daripada rakyat negara tidak mampu untuk membeli hartanah bernilai RM350,000 ke atas.

Pengurus Negara PropertyGuru.com.my, Sheldon Fernandez memaklumkan isu kemampuan rakyat dalam memiliki sebuah rumah berkemungkinan akan menjadi trend berterusan memandangkan jurang pendapatan dan harga rumah semakin besar di negara ini.

Tambahan lagi, proses memiliki rumah lebih jauh rumit dan memakan masa yang lama termasuk penyediaan dokumen-dokumen penting untuk kelulusan.

Tahu tak? Sebenarnya ramai yang telah ‘dikaburi’ dengan harga rumah yang kian melambung, sehingga lupa terdapat pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan dalam membantu rakyat di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.

Dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu, kerajaan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui penyediaan Rumah Mampu Milik. 

Inisiatif ini adalah untuk menggalakkan pembangunan projek perumahan kos rendah di bawah elemen rumah kediaman rakyat.

Buktinya, hampir RM900 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PPR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat. Dengan ini, sekitar 17,500 penghuni baharu bakal memiliki rumah yang dijangka siap pada hujung tahun depan. 

beli rumah 2025
Gambar: Bernama

Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Khazanah pada tahun 2023 yang membabitkan 3,800 isi rumah di lima PPR, lebih daripada 60% responden telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan tahap keselesaan di PPR secara umum.

“Haa tunggu apa lagi, cepat-cepat mohon rumah PPR dan Rumah Mesra Rakyat ni

Kerajaan juga tidak hanya melihat kepada rakyat di kawasan bandar, malah turut memfokuskan kepada penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina dalam memastikan semua golongan yang layak dapat memiliki rumah.

Secara tidak langsung, langkah ini dapat mengurangkan gelandangan dengan meningkatkan orang ramai memiliki rumah sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Macam mana pula dengan golongan tua yang belum ada rumah sendiri?

Jangan risau, kerajaan juga turut prihatin dengan nasib golongan warga emas dalam menyediakan tempat berteduh yang selesa. 

Oleh itu, adanya Wakaf MADANI yang dapat membela nasib-nasib golongan ini menerusi penglibatan agensi-agensi kerajaan termasuk KWAP menyediakan dana RM300 juta bagi meningkatkan pembangunan tanah wakaf. 

Langkah ini bagi membina rumah persaraan mandiri warga emas kepada para pesara pendapatan rendah.

Bukan itu sahaja. Kerajaan menumpukan pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat di tanah-tanah wakaf.

Tapi mesti susah kan nak apply untuk sebuah rumah?

Gambar: Bernama

Korang juga tak perlu lagi takut proses pembelian rumah tidak diluluskan kerana kerajaan juga memperkenalkan Skim Step Up Financing di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai jaminan kerajaan khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama. 

Jadi, impian golongan belia untuk memiliki rumah pertama ketika usia muda dapat direalisasikan. Ini kerana skim ini menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun pertama.

Tambahan lagi, syarat-syarat pemohon juga lebih mudah dan mesra pelanggan. Sebagai contoh, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan permohonan boleh dilakukan seawal usia 18 tahun ke atas dengan pinjaman dua generasi dibenarkan untuk pembeli rumah pertama.

Lagi best, had pembiayaan yang diberikan sehingga RM500,000 termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance), MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful), LTHO (Long Term House owner’s Takaful ), yuran guaman serta yuran penilaian. 

Ha.. 18 tahun pun dah boleh ada rumah sendiri. Cuba bayangkan betapa mudahnya SJKP ni nak bagi korang ada rumah sendiri? Takkan taknak apply?”

Salah seorang individu yang telah menerima manfaat ini adalah saudara Venukannan Balakrishnan, seorang pemandu e-hailing yang tidak punyai pendapatan tetap. Melalui SJKP, beliau mengecapi impian memiliki rumah sendiri di Rawang bersama isteri tersayang. 

Venukannan termasuk lebih 57,000 pembeli rumah pertama yang telah diluluskan oleh SJKP menerusi 12.8 bilion Jaminan Kerajaan. Mana tahu anda orang seterusnya?

Menerusi inisiatif kerajaan dalam Kerangka Ekonomi MADANI ini bukan sahaja dapat membantu meringankan kehidupan rakyat, malah ia juga merubah persepsi buruk rakyat mengenai isu hartanah.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.