Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Payung pantai Telok Kemang
Gambar: Bernama

Payung Pantai Lebih Cantik Ganti Khemah Biru Di Telok Kemang Bermula 11 Januari – MPPD

Iqbal Yasir

Payung Pantai Lebih Cantik Ganti Khemah Biru Di Telok Kemang Bermula 11 Januari – MPPD

SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) — Penyediaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Telok Kemang, Port Dickson di sini yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan ke 11 Jan tahun depan, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Hasnor Abd Hamid.

Beliau berkata pihaknya telah membuat perolehan payung pantai tersebut dan ia mengambil sedikit masa kerana melibatkan kuantiti yang banyak.

“MPPD menjangkakan payung pantai yang akan menggantikan khemah biru dapat beroperasi mulai 11 Jan ini tertakluk kepada ketibaan bekalan payung pantai tersebut.

“Setakat ini sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar sebelum ini dilaporkan berkata MPPD akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang yang dijadualkan bermula hari ini.

Beliau berkata MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.

Arul Kumar berkata setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf serta penyediaan plot itu telah dilakukan pada 18 Nov lepas.

Sumber: BERNAMA

BACA: Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia

BACA: Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir BWF

BACA: Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF