Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
kenderaan rasmi kerajaan ev
Kredit: Proton

Peralihan Kenderaan Rasmi Kerajaan Kepada EV Dilaksanakan Berperingkat – Nik Nazmi

Azizah Najib

Peralihan Kenderaan Rasmi Kerajaan Kepada EV Dilaksanakan Berperingkat – Nik Nazmi

PUTRAJAYA, 17 Disember (Bernama) — Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata proses peralihan itu telah bermula dan perkara itu akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kelak.

“Peralihan ini tidak dibuat sekali gus, ia akan dilaksanakan secara berperingkat namun prosesnya sudah pun bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Insya-Allah, saya rasa menjelang tahun depan kita akan lihat secara praktis perkara itu dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV dan Perasmian Stesen Pengecas Pantas EV di sini hari ini.

BACA: PROTON Lancarkan e.MAS 7, EV Sulung Malaysia

Ditanya sama ada peralihan itu akan membabitkan semua peringkat atau jabatan tertentu, Nik Nazmi berkata perkara itu bergantung kepada keperluan dan tertakluk kepada keputusan MOF.

“Ia bergantung kepada keperluan sebab ada beberapa aspek yang perlu diambil kira kerana dalam garis panduan (peralihan kenderaan kerajaan) perlu dilihat apa keperluannya.

“Keperluan itu bergantung sama ada peralihan itu boleh dipenuhi EV tempatan atau EV lain dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV merupakan dokumen panduan yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

Ia dilakukan bersama pakar teknikal dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta industri.

BACA: Proton X70 2025 Kini Dilengkapi Apple CarPlay

Beliau berkata dokumen itu memperincikan strategi peralihan yang merangkumi penilaian inventori ‘fleet’ semasa untuk mengenal pasti keperluan operasi, pemilihan kenderaan elektrik, perancangan infrastruktur pengecasan dan analisis kos serta pengurangan pelepasan karbon bagi memastikan peralihan yang terancang dan berkesan di samping memperkukuhkan agenda kelestarian alam sekitar.

“Selain itu, aspek keselamatan, pemantauan, pelaporan dan latihan juga menjadi keutamaan untuk menjamin kelancaran transformasi ini.

“Saya percaya, dengan sokongan semua pihak seperti pengurus perolehan dan aset, pengurus kewangan, akaun termasuk para pemandu akan memberi impak positif dan berkesan dalam pengurusan alam sekitar selain mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata garis panduan itu juga bertujuan untuk memastikan peralihan kenderaan kerajaan kepada EV berjalan lancar malah dapat memacu inovasi dan pembangunan ekosistem EV di Malaysia secara mampan.

BACA: Proton Dinamakan Syarikat Automotif Terbaik Untuk Pertama Kali Di Anugerah M100

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Stesen Pengecas Pantas EV yang pertama di Blok F11, Kompleks F, di sini.

Nik Nazmi berkata stesen pengecasan pantas itu mempunyai kapasiti 60 kilowatt, yang membolehkan EV dicas hingga kapasiti 80 peratus dalam masa kurang daripada 30 minit berbanding pengecas biasa jenis arus ulang alik (AC) yang mengambil masa beberapa jam.

“Inisiatif ini turut menyokong visi Putrajaya sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2025 dengan memperlihatkan Kompleks F sebagai contoh bagi pelaksanaan Zon Rendah Karbon.

“Projek ini bertujuan mempamerkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam premis kerajaan, memudahkan pemilikan dan penggunaan EV melalui penyediaan infrastruktur sokongan, serta menjadi contoh kepada kementerian dan jabatan serta agensi lain,” katanya.

Sumber: Bernama