Siakap Keli
zakat mata wang kripto

PPZ-MAIWP Pusat Zakat Pertama Lancar Saluran Bayaran Bagi Mata Wang Kripto

PPZ-MAIWP Pusat Zakat Pertama Lancar Saluran Bayaran Bagi Mata Wang Kripto

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2024: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Saluran Bayaran Zakat Aset Digital sebagai inisiatif terkini bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab berzakat dalam era ekonomi digital. 

Keputusan mesyuarat perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-134 telah menetapkan bahawa mata wang digital adalah komoditi yang diniagakan. Justeru memiliki nilai mata wang digital serta jika diniagakan, maka wajib dikeluarkan zakat perniagaan dengan kadar 2.5%.  

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, seiring dengan perkembangan teknologi blockchain dan penggunaan aset digital seperti mata wang kripto (cryptocurrency), token digital, NFT (Non-Fungible Token) dan lain-lain lagi, terdapat keperluan untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat  berkaitan aset digital ini.  

zakat mata wang kripto

“Pembayar kini boleh menunaikan zakat secara langsung dengan menggunakan mata wang kripto. Tidak hanya selaras dengan perkembangan teknologi, tetapi inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan tiada golongan yang terlepas daripada menunaikan kewajipan zakat mereka tanpa mengira bentuk aset yang dimiliki.  

Data daripada Suruhanjaya Sekuriti, menunjukkan nilai aset digital yang dimiliki oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya mencecah RM16 billion. 54.2% pelabur berusia 18-34 tahun. Transformasi dalam pelaksanaan ibadah melalui medium digital menjadi bukti bahawa Islam terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa  umatnya.”

Untuk makluman, kutipan zakat aset digital meningkat 73% dengan kutipan sebanyak RM25,983.91 pada tahun 2023 manakala pada tahun 2024 bermula Januari sehingga hari ini, PPZ-MAIWP mencatatkan kutipan sekitar RM44,991.97. Peningkatan ini jelas  menunjukkan bahawa kesedaran mengenai zakat aset digital itu wujud di kalangan  Masyarakat.  

Sebagai permulaan saluran bayaran zakat aset digital ini, PPZ-MAIWP telah melantik Sharlife Sdn Bhd sebagai ejen kutipan zakat pertama dengan menggunakan mata wang kripto. Para pembayar zakat boleh menunaikan zakat aset digital dengan mudah melalui portal Sharlife.my.

zakat mata wang kripto

Istimewanya, syarikat ini menyediakan khidmat saringan aset digital patuh Syariah mengikut metodologi penyaringan yang komprehensif. Dengan pelantikan ini, PPZ MAIWP merupakan institusi zakat pertama di dalam negara yang menyediakan perkhidmatan bayaran zakat menggunakan aset digital sekaligus memperkenal inovasi  terkini dalam penunaian ibadah zakat.  

Di kesempatan ini, PPZ-MAIWP ingin mengajak orang ramai agar segera tunaikan zakat  sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember untuk menikmati rebat cukai  pendapatan 100% serta peluang memenangi pelbagai hadiah menarik lain.  

Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2024.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.