Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
jangkaan hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

Azizah Najib

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang bakal melibatkan lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook tersebut, MetMalaysia menjangkakan daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah bakal hujan lebat.

Begitu juga dengan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Melihat keadaan di Perak, hampir keseluruhan negeri bakal dilanda hujan lebat. Antara kawasan yang tersenarai ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah. MetMalaysia turut menyenaraikan daerah Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

BACA: METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Kategori Ketiga

Di Selangor, hanya daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor dijangka hujan lebat.

Beralih ke Sabah, daerah Pedalaman (Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau) juga dijangka hujan lebat.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihat agar berhati-hati ketika berada di luar dan pastikan langkah keselamatan diambil.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang menyebabkan beberapa lokasi mengalami hujan berterusan bermula 20 Disember sehingga 24 Disember.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 24 Disember 2024. Selain itu, satu kawasan bertekanan rendah dijangka terbentuk di Sarawak pada 20 sehingga 22 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, Sarawak, Sabah serta WP Labuan dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan timur Johor berkuat kuasa sehingga 20 Disember 2024. Manakala Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Sarawak dan Sabah berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024,” maklum jabatan tersebut.

BACA: Pakej Pelancongan Seoul: MOTAC Terus Pantau, Tindakan Sewajar Akan Diambil

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)