Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Tip ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal
Lapangan terbang merupakan ‘pintu’ utama atau akses untuk semua orang ke luar negara mahupun domestik.
Tidak kira siang mahupun malam, lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan ramai dari dalam dan luar negara.
Disebabkan itu, adanya anggota Imigresen yang ditempatkan di setiap lapangan terbang, bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan tapisan, bagi mengelakkan pelbagai kes seperti jenayah rentas sempadan.
Namun, kadang kala kita sebagai pengguna menganggap perkara ini agak rimas, lebih-lebih ketika banyak disoal siasat oleh pegawai bertugas.
Tak perlu risau, ikut saja tip daripada seorang pengguna Facebook, Saiful Nang untuk mudah melepasi pemeriksaan imigresen tanpa perlu banyak disoal siasat.
Tip Rare Lepas Imigresen Tanpa Banyak Soal

Pak cik ni dah kebetulan kerjaya pak cik berkaitan dengan jalan-jalan, maka pak cik kongsikan sedikit panduan bagi BBNU (budak-budak baru nak up) yang baru nak mengembara. Paling potong stim dalam pengembaraan apabila ditahan di perbatasan negara destinasi dengan pelbagai pertanyaan seperti interogasi pesalah narkotik.
Berikut adalah dari pengalaman pak cik ya, kalau kau ada nak tambah, boleh tambah dalam komen. Kalau menarik nanti pak cik editkan masuk dalam hantaran ini.
1. Jangan tersenyum atau tersengih dan tak perlu juga “buat muka”.
Buat muka biasa macam orang tiada perasaan. Orang yang berniat baik tak akan terhegeh-hegeh nak buat impresi baik kepada pegawai imigresen. Kalau baik-baik, senyum-senyum biasanya “ada makna”. Hadaplah dengan segala persoalan yang bakal ditanya
2. Tak perlu peramah dengan mereka.
Pegawai imigresen ada masa yang terhad untuk setiap kedatangan. Tak perlu tanya mereka dah makan ke belum? Rumah kat mana? Ada adik perempuan tak? Jangan. Dia tanya kita itu tugas dia, kita tak perlu mesra alam sangat dengan penuh keramahan.
3. Buka jaket passport siap-siap.

Mereka ada banyak kerja, setiap orang letak jaket passport macam nak bungkus bijih timah akan menambah kejengkelan mereka. Kadang mereka dah kumpul tekanan dari pagi, masa nak cop passport anda lah masa itu dia cukup haul untuk bertukar jadi hijau. Mudahkan kerja mereka kerana mereka perlu leret passport anda atau tekapkan pada pengimbas. Jaket passport tolong buka siap-siap.
4. Jawab apa yang ditanya sahaja, pendek dan ringkas.
Soalan biasa ditanya ialah, “mai sini nak buat apa?”
Tarik nafas dan jawablah dengan tenang tanpa senyuman, “holiday”. Janganlah bila soalan ringkas “Mai sini buat apa?”, anda jawab “mai sini cek nak cerita, ni Senah dan Leha bulan lepas mai sini, dia beli pinggan arcoroc, arkopal, arsenik sini murah. Lepas tu depa mai rumah cek, depa tayang pinggan mangkuk tu, makcik benganglah terus makcik…”, dua jam kemudian.
Sila ke secondary inspection ye.
5. Pakai decent, tak perlu overdress.
Kalau tulis dalam deklarasi ketibaan seorang cikgu, biar nampak macam cikgu. Kalau jadi seorang pembangun konten YouTube, nampaklah macam budak konten sikit. Tak perlu tiba-tiba pakai sut lengkap macam nak pergi mesyuarat pengambil alihan bank di London. Cuma jangan comot macam orang tak ada duit sebab semua orang travel mesti ada duit. Kalau tidak, mereka akan duduk diam-diam sahaja beli beras tempatan 5% hancur.
6. Siapkan dokumen wajib walaupun mereka tak mintak.

Tak perlu sampai angkut geran tanah, surat pajak gantung dan surat beranak anak dan bil elektrik rumah. Cukup yang wajib seperti;
- Tiket itinerari pergi balik
- Cukup duit tunai untuk tinggal selama kita berhajat
- Ada booking hotel atau penginapan walaupun hari pertama
7. Jika ditanya ada saudara mara, rakan taulan, sahabat handai di negara yang kita nak masuk, lebih selamat cakap TIADA.
Kalau ada ceritanya panjang, sebab bila ada sedara nanti kebarangkalian nak terlajak stay adalah lebih tinggi. Mereka pun akan minta detail sedara yang kita katakan tadi untuk pastikan kita holiday dan balik semula ke negara tanah air kita. Tak perlu excited sangat nak beritahu kita ada kawan sebab itu bukan kelebihan malah kekurangan. Kalau cakap tak ada saudara mara, biasa dia akan cop terus pasport dan ucap, “selamat datang ke negara den”.
8. Bila dah bagi passport balik, cakap sahaja, “thank you”.
Paling panjang pun, “thank you, have a nice day”. Tak perlu, “nanti habis kerja jemput mai rumah. Mamu masak karipap surrr punya mamu tapau frozen dari Penang, mai lah,”. Jalan terus, jangan pandang belakang.
Ini semua tip tersembunyi jarang orang cerita. Kalau setakat kena buka cap, buka spec, jangan main telefon semua tu di kaunter pun ada tulis dah. Yang pak cik tulis tip di atas ni yang biasa-biasa orang tak cerita. Percayalah, takkan pak cik nak tipu hari Jumaat ni kan?
Semoga bermanfaat
Sumber: Saiful Nang