Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
sentap khutbah rasuah
Kredit: iNews Medan

Tumbuk Tok Imam Selepas Sentap Dengar Khutbah Tentang Rasuah

Athirah

Tumbuk Tok Imam Selepas Sentap Dengar Khutbah Tentang Rasuah

Seorang imam dilapor telah diserang oleh anak ketua kampung selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Anshor, Kampung Hapung Torop, Padang Lawas di Indonesia.

Menurut iNews Medan, insiden tersebut dikatakan berpunca daripada suspek yang merasa tersinggung dengan teks khutbah tentang rasuah yang disampaikan mangsa.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 27 November tahun lepas dan mangsa hanya membuat laporan polis sebulan kemudian, pada 29 Disember.

Dalam laporannya, mangsa memaklumkan khutbah yang disampaikan bertajuk ‘Pemimpin Yang Melakukan Amalan Rasuh Akan Diminta Pertanggungjawabkan Di Padang Mahsyar’.

Malah, dia turut berkongsi antara isi teks khutbah yang disampaikan pada hari kejadian yang dipercayai menyinggung perasaan suspek.

“Setiap pemimpin bermula dari ketua keluarga sehinggalah kepada ketua kampung, sekiranya melakukan rasuah akan dihitung di akhirat nanti.

“Apabila pemimpin melakukan rasuah, khususnya jika yang diselewengkan adalah dana Desa Hapung Torop, maka pemimpin itu perlu memohon maaf kepada penduduk kampung ini,” kata mangsa berkongsi teks khutbah tersebut.

Sentap dengar khutbah tentang rasuah, anak ketua kampung nekad tumbuk muka tok imam

Selepas selesai membaca khutbah, mangsa meneruskan tugasnya dengan mengimamkan Solat Jumaat di masjid berkenaan sehingga selesai dan pulang.

Namun pada malam harinya, rumah mangsa telah dilempar dengan batu dan pintu cuba dirosakkan.

Mangsa kemudian keluar untuk memeriksa apa yang berlaku sebelum melihat suspek berada di luar rumahnya.

Suspek dikatakan bertindak menarik baju mangsa sehingga koyak dan menumbuk mukanya bertalu-talu.

Ketika memukul mangsa, suspek berulang-kali bertanya kepada mangsa kenapa dia seolah-olah cuba merendah-merendahkan maruah ayahnya menerusi khutbah berkenaan.

Difahamkan, kekecohan yang berlaku telah menarik perhatian penduduk kampung yang kemudian datang dan meleraikan pergaduhan tersebut.

“Kau merendahkan harga diri ayahku”

Tidak berpuas hati diserang, mangsa seterusnya bersemuka dengan ketua kampung berkenaan dan meminta penjelasan mengapa dia diserang oleh anaknya.

“Dia berasa terhina dengan khutbah Jumaat yang disampaikan sebentar tadi,” jawab ketua kampung tersebut.

Mangsa hanya membuat laporan kepada pihak berkuasa sebulan selepas kejadian itu di Balai Polis Padang Lawas.

Difahamkan, mangsa mengambil keputusan untuk melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu kejadian yang sama menimpa imam lain masa depan.

BACA: Menular Di China, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Virus hMPV

Sumber: iNews Medan