Siakap Keli
Gambar: AFP

Vietnam Haramkan Rokok Elektronik, Denda & Penjara Menanti

Vietnam Haramkan Rokok Elektronik, Denda & Penjara Menanti

Vietnam dilapor menguatkuasakan pengharaman penggunaan rokok elektronik di negara itu bermula 1 Januari 2025.

Menurut South China Morning Post, hukuman berkenaan turut terpakai kepada semua pengembara asing yang melancong ke negara itu.

Dengan pengharaman berkenaan, Vietnam kini mengikuti jejak langkah beberapa buah negara yang telah menguatkuasakan perintah yang serupa.

Australia, Turki, Singapura, Mexico, India, Brazil, Maldives, Thailand dan Hong Kong adalah antara negara yang melarang pelancong membawa masuk rokok elektronik ke negara masing-masing.

Selain mengharamkan penggunaan, Vietnam juga melarang pemilikan dan penjualan rokok elektronik serta cecairnya.

Larangan ini bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan kesihatan mengenai kerosakan organ paru-paru yang tidak dapat dipulihkan.

Pelancong boleh dikenakan hukuman penjara

SCMP berkata, individu yang menggunakan rokok elektronik di Vietnam akan dikenakan denda sehingga 2 juta Dong (kira-kira RM 354).

Manakala bagi pesalah yang didakwa mengimport, memperdagangkan dan menghasilkan vape serta bahan alternatif rokok akan dikenakan denda sehingga 3 juta Dong (kira-kira RM531).

Pesalah turut berdepan dengan hukuman maksimum penjara 15 tahun, yang mana bergantung kepada kuantiti.

Sehubungan itu, individu yang memiliki rokok eletronik dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti sekiranya dibenarkan membawa peranti berkenaan sebelum menaiki kapal terbang.

Thailand antara negara yang memiliki peraturan anti-rokok eletronik paling ketat di dunia

Di Thailand, pengguna rokok elektronik yang ditahan boleh dikenakan hukuman denda yang sangat berat dan berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Manakala di Australia, sekatan telah dikenakan ke atas semua import rokok elektronik dan cecair, kecuali apabila mendapatkan permit kebenaran khas daripada pihak berkuasa.

BACA: Tumbuk Tok Imam Selepas Sentap Dengar Khutbah Tentang Rasuah

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.