Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

“Pasport, dokumen semua di dalam,” Kereta TikToker Nigeria Terbakar
Sebuah jenis Perodua Axia milik TikToker Nigeria terbakar dalam satu kejadian hari ini.
Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh Abbey Abimbola atau dikenali sebagai Abang Sado memaparkan kereta berwarna putih berkenaan sedang dijilat api termasuk dipenuhi kepulan asap hitam.
“Kenapa ini? Walaupun tak suka Abang Sado atau tak suka filem saya Bukan Hantu Biashe Biashe tapi kenapa ini? Sampai bakar kereta dan semua dokumen-dokumen, duit dan barang saya?” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tambahnya, dia juga tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, sama ada kenderaan itu dibakar ataupun sebaliknya
Netizen bersimpati dengan Abang Sado
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan nasib yang menimpanya
Bahkan, ada yang menyarankan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian termasuk mendoakan urusannya dipermudahkan.
Berikut antara komen pengguna;
“Dah buat report polis belum, bang,” komen seorang pengguna.
“Sampai hati betul lah buat dia macam tu. Bukan dia ada usik bisnes orang lain. Harap pelaku dapat di kesan,” tulis pengguna lain.
Kalau tak puas hati jumpa depan-depan tak perlu bakar macam ni kesian abg sado semua barang penting ada dalam kereta tu semoga tabah selalu abang sado,” komen seorang warganet.
Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 100,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.
Sumber: TikTok @Abbey Abimbola